Rabu, 25 September 2013

1937- 1950SK Kemubu bermula  dengan pembinaan Sekolah Melayu Rakyat, Bukit Kacang, Stong Ulu Kelantan oleh orang kampung secara bergotong-royong. Bangunan ini distruktur dengan bahan binaan setempat seperti kayu bulat, dinding buluh dan atap cucoh.
Inisiatif pembinaan dimulakan oleh seorang penduduk kampung yang sedar kepentingan pendidikan iaitu Md Nor bin Leter. Manakala guru pertama yang bertugas di sini ialah Yaacub bin Hj Sham dan adiknya Ishak @ Mat Dam bin Hj Sham dari Merapuh, Pahang. Manakala murid pertama seramai 40 orang. Apa yang menariknya gaji guru dibayar dengan bantuan wang atau beras dari orang kampung.
 Pada tahun 1940 Sekolah terpaksa dihentikan operasi kerana berlakunya Perang Jepun. Namun pada tahun 1944 sekolah dibuka semula tapi telah dipindahkan ke Bukit Cengai, Stong. Tapi setahun selepasnya kembali ditutup kerana darurat.
            Sekolah dibuka semula tapi sekali lagi berpindah, kali ini ke Kuala Jeri, Stong. Dengan ciri fizikal yang sama iaitu bertiangkan kayu bulat, berdinding buluh dan beratap daun cucuh.
Pada tahun ini juga berlaku kemajuan bilamana sekolah telah didaftarkan dengan Pejabat Pelajaran Kelantan. Setahun selepas itu guru-guru telah dibiayai gajinya oleh kerajaan dengan gaji RM48.00 sebulan.
1952
Sekolah sekali lagi berpindah, kali ini ke Kg Baharu Kemubu. Kerana ancaman komunis. Untuk sementara dibina bangunan sendiri, sekolah menumpang di Dewan Orang Ramai. Tidak lama kemudian berdirilah sebuah sekolah kerajaan dengan nama Sekolah Melayu Kemubu yang didirikan di atas tanah kerajaan di Lot 69 dan 70.
Tahun 1953 dengan nama Sekolah Kebangsaan Kemubu, Ulu Kelantan, sekolah telah diberi status bantuan penuh kerajaan dengan guru besar bernama Othman bin Ismail dengan murid seramai 87 orang. Bermula tahun ini hingga tahun mendatang sekolah telah mengalami perkembangan pesat dari segi guru dan muridnya serta keadaan fizikal bangunan itu sendiri.
            Pada tahun 1980  kawasan baru telah diperuntukkan oleh kerajaan dan dibina  2 blok bangunan serba moden dengan kelengkapan yang terkini. Lokasi kali ini di hujung kampung Kemubu dengan dikelilingi kebun dan sungai Nenggiri. Dengan terbinanya bangunan di lokasi yang kondusif ini proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih berkesan lagi. Turut dibina 10 unit rumah guru. Lokasi ini adalah tempat berdirinya sekolah hari ini.
            2002 sekali  lagi SK Kemubu mengalami proses perubahan landskap dengan berdirinya satu unit bangunan baru 4 tingkat yang menempatkan bilik darjah, bilik-bilik khas dan aras pejabat. Maka lengkapkan SK Kemubu sebagai institusi pendidikan yang serba lengkap hingga kini

Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini
( Bermula 1953)
Bil
Tahun
Guru Besar
1
1953-1954 Osman bin Ismail
2
1954-1955 Yusuf bin Abdullah
3
1955-1957 Zakaria bin Md Yusof
4
1957-1959 Yahya bin Mohamad
5
1959-1960 Wan Omar bin Wan Yusoff
6
1960-1961 Mohamad bin Yaakub
7
1961-1963 Tuan Mat bin Tuan Kecik
8
1963-1965 Idris bin Mohamad
9
1963-1966 Mohamad bin Majid
10
1966-1967 Mohamad bin Senik
11
1968-1969 Abdullah  bin Idris
12
1970-1972 Wan Mohamad bin Wan Ab Rahman
13
1973-1976 Mohamad bin Ab Rahman
14
1977-1977 Hussin bin Yusof
15
1977-1979 Mat Zain bin Yusof
16
1980-1982 Tuan Yusof bin Tuan Mohamad
17
1982-1982 Nik Yaacub bin Ab Rahman
18
1982-1987 Omar bin Salleh
19
1988-1989 Ahmad bin Awang
20
1989-1990 Wan Hamat bin Wan Jaya
21
1990-1991 Mohd Razan bin Che Jaafar
22
1991-1996 Abdullah bin Ahmad
23
1997-1999 Idris bin Mohamad
24
2000-2003 Hanapi bin Arshad
25
2003-2005 Kamarudin bin Yaacob
26
2005-2007 Mohamad bin Daud
27
2007-2010 Gayah bt  Said
28
2010-2011 Che Shamsudin bin Yusoff
29
2011-2012 Zalina bt Hussin
30
2012 Fadzilah bin Sidik



Tiada ulasan: