Ok kita cakap pasal Game play lah. Kalau
nak kira Adrenalin semangat itu semua tengah meletup, tak kira siapa.
Yang tak pernah layan bola pun asal orang Kelantan, dengar berita
begini terbayang suasana Final di Bukit Jalil walaupun dia tak pernah
pergi pun.
Nak bagi bayangan bahawa
kalau pejabat kerajaan negeri buka waktu malam pun semua berkumpul
dewan makan yang ada Tv dan Astro. Budak exam UPSR yang mak ayah tak
pernah bawa ke Final pun boleh bayang dengan betul kehangatan Final
bila tengok game tadi.
Yang lebih
special anak Kelantan di Johor, yang penakut jalan menunduk menguntum
senyum, yang berani berkepak dada pakai jersi pagi esok. Itu semua
ekspresi masing-masing punya hal.
Kalau
sebelum ini saya berprinsip Johor akan terkeluar dari saingan di Kota
Bharu kerana ketumpulan jentera serangan, tetapi saya silap. Sebenarnya
kerana kematangan dan kehendak pemain pertahanan yang begitu besar
untuk menambah semangat penyerang untuk bekerja mencari gol.
Yang
kedua, saya beranggapan Gameplay Azmi Mohammed yang bagus di First Leg
sehingga Kelantan terduduk di Larkin, tapi sebenarnya kerana benteng
Kelantan yang pudar dengan gandingan yang jarang digandingkan, Farisham
di kanan dan Azizi di tengah.
Saya
rasa mereka berdua jarang bermain sekali, kerana Poknik dan Daudsu amat
dominan di dua posisi tersebut, jika di tukar mungkin salah seorang.
Sebenarnya
kerencatan pertahanan kedua-dua pasukan di kedua-dua stadium kerana
sorakan penyokong lawan. Serangan kedua-dua serangan timbal balik
menjadi tajam kerana semangat sorakan penyokong sendiri.
Ini
tidak boleh dinafikan langsung. Kita nampak Aidil setaraf Obinna di
Larkin, kita lihat Nazri seperti Azizi di Kota Bharu. Sebelum pergi ke
part Gameplay, kita hurai dulu mengenai perkara bersangkut paut.
Di
Larkin Zairul Fitree juga tidak fit dan Farisham tidak di tekan di Kota
Bharu menjadikan suasana tenang dan santai di pertahanan, saya jamin
kalau Zairul diturunkan malam ini sama saja situasinya dengan keadaan
Farisham yang tidak kekok bermain di Wide Angle kedua-dua sisi.
Untuk
bercakap mengenai Gameplay Bojan dan Azmi, walaupun tidak adil untuk
membandingkan cara di Larkin dan Kota Bharu namun memang perlu dirujuk
kerana ini perlawanan Two Legs.
Ok
basic nya Azmi menyerapkan corak Break Attack atau bekerja ditengah
mencuri kegagalan Piya dan Shakir dalam mengatur barulah mengatur
gerakan tersusun dan laju melalui 3S kebangsaan, Safiq-Shahrul-Safee.
Di
Kota Bharu Azmi tak mungkin boleh Attacking Mode dengan cara mengganggu
pemain tengah Kelantan untuk memulakan gerakan, kebetulan ketika itu
gaya gerakan bola pasukan Kelantan bermula dari bawah Long Ball keatas,
bek atau Def Mid potong bola baru Safiq mendapat bola dan memulakan
gerakan. Gaya ini senang kerana Azmi bernasib baik mampu membaca cara
taktikal Bojan.
Berbalik ke Kota
Bharu, apa yang Azmi lakukan? menyimpan Ezrie Shafizie seorang
Defensive Mid di bangku simpanan, seperti di Larkin, dengan mempercayai
Akram, pemain muda dari team Johor FA bekas anak buah beliau.
Akram
merupakan pemain muda yang lincah, sebab itu tugasnya cuba merampas
bola dan mengepung kawasan tengah, sayangnya gandingan Diamond
Zairo-Shakir-Piya tidak terkepung.
Semangat
meluap-luap dan ketenangan dengan pengalaman menjadikan pemain Kelantan
menyusun gerakan tanpa mampu dirampas bola oleh Ball Winner yang rajin
seperti Akram. Safiq menjadi pembantu Defensive Mid pula ketika
tertekan.
Di pertengahan babak
pertama, saya asyik terfikirkan satu perkara magis yang Bojan lakukan.
Saya tak tahu Piya dijadikan sebagai Attacking Mid atau Second Striker,
kalau Second Striker tapi bermain sebagai Shadow dalam gerakan Dickson,
ini gaya magis yang pelik dan hebat.
Mungkin
kebetulan Indra bekerja sebagai separuh unit yang Piya perlu bekerja,
akhirnya ditempat biasa Piya ketika formasi 442 biasa Bojan guna,
tempat itu di ambil oleh Zairo. Saya lihat Piya tidak perlu mengatur
gerakan.
Saya seperti biasa seorang
yang prejudis kepada Piya, mengutuk kemalasan beliau pada awalnya,
namun perlahan-lahan mula faham, sebenarnya kedudukan Piya dibanyak
tempat tanpa membawa bola sebenarnya membuka ruang yang luas untuk
Dickson bermaharajalela.
Pemain DTFC
seolah-olah marking shadow Piya sahaja. Piya menarik beberapa pemain
mengekorinya, akhirnya Lone Striker Kelantan bebas untuk membawa masuk
bola, bukan seperti Fakri yang menunggu, Piya tidak menunggu tapi
berubah kedudukan.
Perkara lain yang
saya terhidu, sebenarnya Azmi mahu mengaburi pemain pertahanan
Kelantan, dengan banyak menggunakan Hadin sebagai Wide Kanan yang
banyak menerima bola dari bahagian kiri iaitu Awe.
Ini
demi menjadikan Awe sebagai senjata yang tiba-tiba dapat memacu Depth
dan dapat ruang luas untuk tiba-tiba berlari secara mengejut apabila
menerima bola.
Awe bukan tipikal
pemain yang senyap. Bukan pemain yang boleh duduk saja menanti
gerakan-gerakan tertentu yang terlalu dirancang. Awe ialah pemain yang
melekatkan gam di but dan membawa bola bersama, bukannya menunggu.
Akhirnya
Akram dan Safiq jarang dapat melorongkan bola pada Hadin kerana ditekan
oleh Zairo dan Shakir, Farhan pula sangat WOW, tidak perlu membuat
larian dari tengah, banyak menunggu dan bola banyak dihantar,
membuatkan Awe tak senang duduk terpaksa kerap turun membantu Tarmimi
selepas Irfan sebagai Bek Kiri gagal berfungsi dikeluarkan awal akibat
tekanan penyokong. Awe menjadi keris simpanan yang tersarung didalam
pendok atau sarung keris. Orang Kelate gelarkan sebagai ‘Kherlok’.
Bojan,
tidak payah terlalu mengatur. Subjeknya ialah Dickson, caranya
dipelbagai, namun tidak ada lagi Long Ball. Sebenarnya ditengah bukan
gandingan 3 pemain membentuk Diamond, tapi dua sahaja iaitu Shakir dan
Zairo sebagai Def Mid dan Mid Centre.
Piya
dijadikan Trequartista yang lebih kepada Second Striker. Piya bergerak,
benteng lawan ingatkan Piya akan menuju kedalam box selalu, tetapi yang
masuk ke box ialah dua orang sayap Kelantan.
All
Out Attacking yang sabar, yang tidak terburu-buru, hanya perlu
memeningkan benteng tengah lawan, memaksa Fullback masuk selalu kedalam
box, dan Dickson seperti penyerang Polo Air, mengacah tak kira masa dan
suasana serta kedudukannya.
3-4 hari
sebelum perlawanan saya sudah terbayangkan Kelantan bermain seperti ini
dan saya bayangkan Kelantan awal-awal membunuh game dengan 5-0 separuh
masa pertama, namun itu sangat terburu-buru sebenarnya. Impian saya
yang terburu-buru.
Ini persembahan
dari syurga, kerana rempahnya cukup. Elementasi bercampur baur, aspek
yang terpenting tiada di musim-musim lepas ialah babak pemancingan
pemain berkaliber yang didengar banyak pasukan yang hebat dan akan jadi
hebat menelan liur melihat pemain Kelantan secara individunya, kerana
adanya perkara ini menjadikan pemain Kelantan terutamanya bermain untuk
membuktikan sesuatu yang tidak ada dimusim lepas.
Miracle yang pure, ibarat menjumpai tiram yang mempunyai mutiara didalamnya tetapi tiram itu berada didalam mulut buaya.
Akhir-akhir
ini saya terlalu kerap menonton perlawanan peringkat tertinggi Asia,
separuh akhir ACL terutamanya. Saya tengok Kelantan bukan membentuk
bolasepak dominan cara gerakan dan susunannya seperti gergasi mata
sepet Ghuangzhou Evergrande, Seoul FC atau Kashiwa Reysol.
Kelantan
lebih kearah gaya Estaghlal. Kelab mata sepet itu bermain gaya dominan
ala kuasa besar dari England. Estaghlal lebih kepada kekuatan individu
yang tersusun membentuk gerakan berpasukan, akhirnya nama-nama individu
tenggelam.
Team gergasi lain
membentuk gerakan berpasukan untuk menonjolkan nama individu yang
membentuk kemenangan. Evergrande dengan gandingan latin Muruqui,
Elkenson dan Conca mendapat sentuhan Lippi, amat hebat gerakan
berpasukan, tetapi yang dapat nama mereka berempat.
Berbeza
Estaghlal of Tehran, nampak karekter pemain utama mereka menonjol tapi
bila berkuasa dalam gerakan, nama itu tenggelam dan seluruh 11 pemain
mendapat nama atau pujian.
Mengenai
satu perkara yang saya terkilan. Yang lain saya tak ada masalah dengan
penyokong Johor. Mereka yang berada di pendalaman menganggap Johor
mencetuskan fenomena baru bolasepak Malaysia. Ini statement mengguris.
Mereka
melihat penyokong away mereka wajib ke venue luar, mereka melihat
stadium mereka penuh, mereka melihat Ultras mereka meletus nama
terhebat, mereka melihat gaya lifestyle timbul keJohoran.
Kita
bukan nak menjawab cara budak-budak, kita tak membagitahu kita dari
dulu buat dari mereka. Kalau cakap lebih dahulu, pasti ada orang lain
lebih dahulu. Kita nak cakap dominan, betul lah kerana orang Kelantan
teramai berhijrah disemua negeri. Itu bukan dalil. Malam ini adalah
dalilnya.
Tahun pertama pembabitan
pasukan adalah dalilnya. Ambil benang dan tarik serta jadikan susunan
graf, siapa bermula dari bawah, benang apa kamu pakai, benang dari
sutera.
Kami pakai benang nylon yang
buat kain guni. Kami bermula dari bawah, kami stabil dan kami gah walau
dicabar. Anda bermula dari atas, anda tak stabil dan tak gah dicabar.
Penyokong
yang tak tahu tak salah mengeluarkan statement begitu, tapi penyokong
yang tahu harus sedarkan mereka, saya percaya di Johor akan timbul
penyokong matang yang boleh slowdown dan menunduk sedikit dibumi pada
musim hadapan, mengajar rakan-rakan mereka yang baru menyertai mereka.
Musim depan mungkin kita tidak bermusuh lagi.
Aspek
bolasepak salah satunya proses pembakaran minda di otak kiri yang
meletuskan emosi. Suasana tegang menjadi raja ketika sorakan bergema.
Bukan bermakna bergolok bergadai untuk bergaduh, tapi semua lawan
bersedia untuk saling membakar.
Ini
akan merebak bila suasana dipadang juga tersangat meriah. Saya
sebenarnya tak ada upaya untuk menulis artikel ini, banyak komitmen
lain yang menganggu otak saya.
Namun
tidur yang tak lena, saya menonton penyokong Levante sebuah kelab tikus
di LaLiga, dipenuhi stadiumnya separuh oleh penyokong Real Madrid.
Minit ke 85′ sehingga 94′ adalah setiap detiknya dramatik.
Malas
saya nak hurai dramatiknya, tapi melihat penyokong kedua-dua berpasukan
memacukan sorakan habis-habisan dihujung perlawanan saya menjadi
bersemangat. Lepas itu sambung game Barcelona, melihat jaringan
Thunderbolt dari Alexis Sanchez, terus saya kayuh papan kekunci
memandangkan tidak ada review perlawanan yang seperti saya tulis.
Bukan
nak menjuarai bidang, hanya mencari kelainan untuk mereka yang merasai
kesamaan. Peace penyokong Johor, Alfatihah buat anak Al-Hafiz, doa
selamat buat perjalanan pulang rombongan Awaydays dari Johor ke
Kelantan.
Walaupun tiada slogan
selamanya kita bersaudara ke apa, cukup sedikit terima kasih saya
ucapkan buat rakan penyokong Johor. Jangan tunjuk True, tapi didik diri
dedikasi, apa team anda bagi pada anda dan apa yang anda bagi pada team
anda. Wassalam