Isnin, 28 Oktober 2013


ULAMA vs ANTI ULAMA BUKAN ULAMA vs PROFESIONAL

ULAMA vs ANTI ULAMA BUKAN ULAMA vs PROFESIONAL

Setelah melihat video Khalid Samad (KS) di Youtube (https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=DPMw_oU5tx0), saya rasa sangat tidak keruan justeru ia mengandungi fitnah terhadap Tuan guru presiden dan PAS yang sangat dihormati oleh kawan dan lawan. Saya berhasrat ingin membetulkan semula kesalaham fakta yg dikemukakan oleh KS.

Yang  saya sangat kesal kerana ia merupakan tuduhan liar yang dibuat dipentas umum, bukan di dalam majlis tertutup parti yang sesuai. Pastinya kesan sangat tidak baik dan memburukkan parti dikalangan ahli dan masayarakat umum , diluar gelanggang seterusnya menjatuhkan kredibiliti dan  menghilangkan keyakinan terhadap PAS. 
Saya sebagai orang yang terlibat dengan PAS dari awal, sememangnya bersetuju dengan beberapa fakta  bahawa ulama vs professional bukan bermula selepas 2008 sebagaimana tuduhan liar KS, tetapi seawal 2006 dan meruncing pada tahun 2007. 

Apa yang saya ingin ulaskan di sini ialah, istilah sebenar ialah Ulama vs Anti Ulama bukan Ulama vs professional.
Bila meneliti sejarah kemunculan istilah ini, ia disebabkan oleh golongan yang enggan menerima ulama sebagai solid keahlian di dalam masjlis syura, dan dengan kata lain juga berusaha untuk menjadikan Presiden bukan Ulama. 
Ulama sebagai pemimpin ini bukan sahaja diterima oleh ulama, tetapi diterima oleh keseluruhan professional di dalam PAS. Yang tidak bersetuju dan berusaha untuk merubah perkara ini hanyalah golongan segelintir yang dipelopori oleh Khalid Samad,  iaitu golongan yang sama yang telah berusaha menjatuhkan Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri. Justeru yang terlibat merungkai perkara yang telah diputuskan di dalam muktamar dan telah ditetapkan di dalam perlembagaan hanya segelintir kecil sahaja, bukan seluruh professional di dalam PAS, maka istilah yang sebenar ialah ulama vs anti ulama, bukan ulama vs professional yang didakwa oleh Khalid Samad. 

Bagi saya, jika gerakan anti ulama yang dipelopori oleh mereka yang pernah menjatuhkan ustaz Hassan Syukri masih berterusan, maka gerakan ini sangat bahaya kerana kerana telah mewujudkan istilah pertembungan antara ulama vs professional yang boleh memecah belahkan parti. Kewujudan gerakan seperti ini menjadi lebih bahaya jika mereka sanggup secara terang-terangan memfitnah Tuan Guru presiden dengan pelbagai fitnah termasuk pengkhianatan Kota Damansara, Presiden sebagai punca perpecahan ulama vs professional dan lain-lain. Ini sangat serius dan sangat bahaya. Lantaran itu, PAS perlu membuat perubahan yang drastik terhadap golongan seperti ini.

Khamis, 17 Oktober 2013

RADIO ORANG PENANG


ADUN PKR PENANTI LETAK JAWATAN? POLITIK PULAU PINANG BAKAL BERGOLAK LAGI

Politik Pulau Pinang di khabarkan akan bergolak lagi seperti mana selepas PRU 2008 apabila Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun Penanti melepaskan jawatannya akibat konspirasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Terkini tersebar riuh di facebook bahawa Adun Penanti kini iaitu Dr Norlela Ariffin di khabarkan akan melepaskan jawatan akibat menerima tekanan politik dari pihak pihak tertentu di dalam PKR.....

Di maklumkan beliau amat tertekan dengan sikap anwar yang cuba mempengaruhi setiap gerak kerja yang di lakukan oleh Adun ini dari isu negeri hinggalah ke perlantikan JKKK. dan yang terbaru telah di khabarkan Dr Norlela telah di marahi Anwar di khalayak ramai termasuk beberapa orang pemimpin DAP.

Menurut satu sumber Pengerusi PKR negeri turut terlibat dalam konspirasi ini kerana menurut sumber tersebut Dr Mansor tidak berpuas hati apabila Dr Norlela di sebut sebut sebagai seorang wakil rakyat yang kuat bekerja dan sejak menjadi Adun di kawasan tersebut telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah masalah tertunggak yang telah di tinggalkan oleh Dr Mansor sedangkan ketika beliau menjadi Adun sebelum PRU yang lalu beliau di lihat oleh penduduk setempat tidak mesra rakyat dan gagal untuk menyelesaikan masalah masalah yang di hadapi oleh penduduk Penanti terutamannya masalah banjir.

Tapi Dr Norlela pula walaupun baru sahaja memegang jawatan Adun tersebut telah berjaya menyelesaikan masalah yang seian lama di hadapi oleh penduduk. Perkara ini menurut sumber tersebut telah membuat Dr Mansor terasa seolah olah beliau lansung tidak punya harga bagi rakyat penanti...

Apakah konspirasi terhadapa Fairuz bakal berulang lagi.... kita tunggu sahaja kerana kononnya Timbalan Ketua Menteri sekarang iaitu dato Rashid juga tidak selamat kerana menurut sumber tersebut Dr Mansor juga tidak puas hati kerana gerak kerja TKM sekarang lebih laju berbanding dengan Dr Mansor ketika beliau menjadi TKM dulu...

Kita nantikan kisah seterusnya....

Ahad, 13 Oktober 2013


Arkib untuk April 2009

29
Apr
09

Hikayat Si Baju Merah (4)

Husam dan buku Tiga Abdul
RASA takut dan kecut perut Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (cikgu Rahim) kepada Husam Musa tidak dapat diselindungkan. Cikgu Rahim jealous dan dia juga seorang yang cerdik. Cikgu Rahim seorang politician yang licit, membelut. Dia tidak ‘makan’ orang di hadapan tetapi akan menelannya di belakang, memakan orang secara api dalam sekan.
Panjang cerita kalau nak dikisahkan mengenai cikgu Rahim ini yang saya kenal sejak tahun 1980-an lagi. Bagaimana pun satu hal yang saya puji mengenai cikgu Rahim ialah cara dia berpolitik kelas dan tidak suka konfrontasi dengan sesiapa. Betapa cikgu Rahim bergelegak nak marah dia boleh senyum. Saya ada pengalaman dalam hal. Cikgu Rahim bukan senang dengan saya apabila saya menulis buku Tiga Abdul, yang turut mencalarkan kanvas politiknya. Namun dia masih boleh tersenyum dan minum sekali.
haikayat-logo1
Itu yang saya kata dulu cikgu Rahim adalah antara orang yang ada pakai ilmu dan azimat politik Mohd Asri Muda. Boleh tersenyum pada musuh meskipun di dalam hati panas mendidih. Inilah politik stail orang dulu, profesional! Jauh berbanding dengan orang politik hari ini, pantang tegur sikit rajuk dan marahnya sukar diubat. Dahlah itu liat untuk menerima nasihat orang.
Kembali meriwayatkan perihal Husam dulu si baju petak-petak merah ini bergerak aktif dalam Pas kawasan Kota Bharu. Dia adalah ketua pemuda Kota Bharu. Dari sinilah dia naik perlahan-lahan dan akhirnya menguasai Dewan Pemuda Pas Kelantan, menjadi ketua pemuda. Kedudukannya selepas itu berganjak menjadi Naib Yang Dipertua Kota Bharu.
Kemaraan Husam setangga demi setangga ini membimbangkan cikgu Rahim yang dilihat bakal menjadi pesaingannya di Kota Bharu. Cikgu Rahim dapat melihat kehebatan Husam ini sewaktu Husam menjadi setiausaha politik Tok Guru Nik Abdul Aziz. Serentak dengan kenaikan dalam jemaah, jawatan politiknya dan hubungan dengan Nik Aziz juga semakin rapat. Keadaan ini menyebabkan cikgu Rahim tidak lagi menjadi penasihat kepada Nik Aziz.
Cikgu Rahim memerhati perkembangan ini penuh waspada. Kerana sudah membaca apa yang akan berlaku akhirnya, sebelum ular lidi menjadi naga, beliau merasakan perlu berbuat sesuatu bagi mengekang kemaraan Husam di Kota Bharu. Sesuatu harus dibuat segera untuk membendung keadaan sebelum menjadi buruk. Sebagai orang politik lama cikgu Rahim cukup arif dengan politik langkah kepala!
Kebetulan tahun 1999 Husam mula menjadi seorang wakil rakyat sebagai ahli Parlimen Kubang Kerian. Kedudukan ini sangat baik untuk digunakan cikgu Rahim bagi mengawasi Husam dan sekaligus menyahkan Husam dari kawasan Kota Bharu.
Maka proses penghalauan Husam dari Kota Bharu dijalan dengan penuh diplomasi.
Perundingan lantas diadakan dan orang yang memainkan peranan berunding ialah bekas Setiausaha Pas Kawasan Kota Bharu, Allahyarham Zainuddin Abdullah yang dikenali dengan Zainuddin Kubur Maras.
Zainuddinlah yang berunding dengan Husam sambil memberi pandangan untuk politik masa depannya. Rahsia yang tersirat disebalik proses itu ialah untuk menyelamatkan cikgu Rahim.
Disebabkan Husam adalah ahli Parlimen Kubang Kerian jadi eloklah kalau Husam berpindah kawasan dari Kota Bharu ke Kubang Kerian. Dengan bergerak aktif dalam kawasan Kubang Kerian ia memberi dua manfaat kepada Husam dapat membantu Pas Kawasan Kubang Kerian dan sekaligus menambahkan darjat dan sufaatnya dalam politik.
Kubang Kerian dikira kawasan sesuai bagi Husam. Kawasan ini juga mempunyai pengundi yang bercampur, sedarhana dan elit. Dengan kelulusan dan latar belakang Husam kawasan itu pantas untuknya. Kubang Kerian juga dikenali dengan kawasan Pas sejak lama dulu. Mungkin atas perkiraannya sendiri Husam bersetuju berpindah ke kawasan ini.
Mulanya beliau dipilih menjadi Naib Yang Dipertua Kubang Kerian. Disebabkan keuzuran Muhamamd Iraqi yang menjadi ketua ketika itu, akhirnya beliau mengambil alih jawatan YDP hingga sekarang?
Apa yang berlaku di Kota Bharu dan dilakukan oleh cikgu Rahim itu menunjukkan cikgu Rahim bimbang dengan gelagat Husam. Sebagai seorang ahli politik yang suka bermuslihat dan menjerat orang tentu cikgu Rahim walang dia akhirnya terjerat kepada Husam. Bagi cikgu Rahim, Husam bukan kecil anak. Hang Nadim perlu dibunuh.
Dengan perpindah secara terhormat Husam itu maka selamatlah cikgu Rahim kekal di Kota Bharu sehingga hari ini.
Pun begitu politik Husam terus diperhatikan oleh cikgu Rahim. Peristiwa dan kejadian sebelum ini menyebabkan beliau tidak mudah menerima seperti mana yang ada. Dengan apa cara dan apa tindakan, Husam perlu dipantau agar ianya tidak sampai memenjalar dan melembarkan pengaruhnya di Kota Bharu dan juga Kelantan. Tetapi caranya tetap halus dan berhemah iaitu dengan berbaik-baik dengan Husam.
Mulanya ada usaha untuk mengekang Husam dan juga beberapa pemimpin muda seperti Wan Ismail Wan Jusoh, Takiyuddin Hassan dan lain-lain yang dicemburui oleh cikgu Rahim and the geng, kumpulan Tiga Abdul. Tetapi nampaknya tidak berkuasa. Kelicitan dan politik golongan muda khasnya Husam yang canggih menyebabkan cikgu Rahim dan the gengnya terpaksa mengaku kalah.
Kejatuhan cikgu Rahim bersama Abdul Halim Abdul Rahman dan Abdul Fatah Haron yang saya akronimkan menjadi Tiga Abdul memberi ruang cukup baik kepada Husam untuk terus naik kemudian menguasai politik Kelantan. Kejatuhan Tiga Abdul sebenarnya membantu mempercepatkan proses kenaikan Husam dalam politik di Kelantan. Dalam tragedi itu cikgu Rahim dilucutkan jawatan setiausaha badan perhubungan Pas Kelantan manakala Abdul Fatah dilucutukan jawatan ketua penerangan. Perlucutan ini memalukan mereka berdua.
Walaupun Abdul Halim dikekalkan sebagai timbalan pesuruhjaya namun tanpa cikgu Rahim dan Fatah, Abdul Halim tidak dapat berbuat apa-apa. Kehilangan dua kawannya itu menyebabkan tungku yang didakwa mendokong Tok Guru runtuh.
Buku Tiga Abdul menjadi sejarah ianya sangat nostalgik buat saya.
Buku Tiga Abdul menjadi sejarah ianya sangat nostalgik buat saya,
Ada orang mengatakan Husam terlibat dalam menjatuhkan Tiga Abdul, terutamanya bila dikaitkan dengan penulisan buku Tiga Abdul oleh saya. Ingin dijelaskan, Husam tidak terlibat dengan penulisan buku berkenaan. Husam sangat baik ketika itu dan beliau tidak menunjukkan politik-politik buruk saat itu. Malahan ketika saya menulis buku itu dan memberi tahunya, beliau hanya diam, suruh tidak larang pun tidak.
“Apakah ia tidak memecahkan parti?” begitulah tanya beliau kepada saya bila saya menceritakan perihal buku berkenaan. Ketika itu kami baru lepas makan malam di Gombak. (Aduh… makan bersama…).
“Tidak…!” balas saya. “Dan enta jangan larang ana daripada menulisnya,” begitulah balas saya menjadi dia terdiam. Saya menulis Tiga Abdul setelah mendapat green light dan mempunyai cukup bukti dari pihak-pihak yang berautoriti. Sebab itu saya berani dan ia bukan dibuat secara wewenang. Sikap Husam saya lihat begitu terhormat dan berahlak tika itu menyebabkan saya senang berkawan dengannya.
Dijelaskan sebelum saya menulis saya sudah pun mengingatkan watak-watak berkenaan secara baik. Tetapi selepas ingatan dan ‘nasihat’ itu tidak dipedulikan menyebabkan saya tidak ada pilihan lain. Orang politik yang degil, ego dan cuba membuat onar ke atas orang lain patut dibalun! Dan kerana itulah saya membalun sesiapa saja yang dikenali jahat meskipun orang yang pernah saya makan sehidangan.
Bersambung…

Hikayat Si Baju Merah (1)

Namanya bukan Husam
SELURUH orang di Malaya mengenalinya dengan nama Husam. Husam bin Musa. Orang tidak kenal dia dengan nama-nama lain selain nama itu. Itulah nama yang tercatat dalam surat beranak dan juga borang pencalonan dalam pilihan raya. Di Kelantan pula bila sebut nama Musa, iaini bapa Husam orang akan terkenang kepada satu nama lagi, iaitu Annuar. Annuar bin Musa. Nama mereka sinonim keduanya anak Musa. Mereka bukan adik beradik, tetapi tokoh politik di Kelantan. Ada sifat-sifat tertentu mereka semacam sinonim saja.
haikayat-logo1
Annuar Musa dikenali sebagai anak Musa yang bersifat antogonis. Suka melaram dan glamour dengan kekayaan. Manakala Husam pula dikenali dengan nama anak Musa yang protoganis, warak dan hidup serba serdahana. Semuanya dilakar kerana sejarah dan perjalanan politik masing-masing. Hari ini Husam jauh meninggalkan Annuar Musa yang sedang berlegar di keliling kubur dan akan memasuki ke lahad politik sehari dua lagi.
Apabila Najib Razak menyusun semula badan-badan perhubungan Umno negeri-negeri sudah pasti riwayat Annuar Musa sebagai pengerusi perhubungan Umno Kelantan akan hilang dan tersapu. Anak Musa yang satu ini selepas ini akan menjadi kepingan kaca berserpihan saja di Kelantan, tidak akan dipedulikan oleh sesiapa lagi.
Nama Husam dipilih oleh ayahnya Haji Musa. Haji Musa seorang tok guru. Mungkin nama Husam itu ditemui dalam kitab-kitab lama yang ditelaah oleh ayahnya. Macam juga nama saya, Sayuti, juga ditemui arwah datuk dalam kitab Imam As Sayuti (eh malulah angkat diri…).
Dalam sejarah Islam Husam adalah seorang pahlawan, hebat dan mempunyai kuasa ajaib, iaitu Husam bin Tsabit. Husam bin Tsabit juga seorang penyair dimana puisi-puisinya mendapat pujian Rasulullah. MasyaAllah…!
Menurut riwayatnya meskipun kepalanya di pancung dan terpisah dengan badan, namun ia bertangkup kembali. Alhamudlilah saya sempat menziarahi tempat di mana Husam dipancung dan pusaranya di Ukzebekistan. Saya sempat berdoa agar roh dan semangat kepahlawanan dan ketakwaan Husam bin Tsabit masuk ke dalam diri saya, sebagai bekalan untuk jadi pejuang menerusi pena di jalan Allah.
Tentu Haji Musa mempunyai harapan dan impian agar anaknya itu menuruti jejak Husam bin Tsabit itu. Orang-orang dulu sangat mementingkan kepada nama-nama anak kerana mempercayai nama anak adalah doa harian yang memberi keberkatan. Kalau nama anak dinama dengan pengertian yang baik-baik, nescaya anak itu akan juga jadi baik.
Dalam pada itu banyak juga orang tidak tahu, bahawa pada awalnya Haji Musa ingin menamakan anak lelaki yang besar panjang dilahirkan 1959 itu dengan nama lain. Menurut jiran keluaraga Husam nama yang dipilih oleh Haji Musa ialah Abdul Malik. Tetapi menurut jiran itu, (Alias M Noor) nama itu tidak dibenarkan oleh ayah Haji Musa, kerana sebab-sebab tertentu.
Abdul Malik bererti pemerintah atau raja. Mungkin ada tanda-tanda pada anak lelaki itu (Husam) yang tidak membenarkan (tanggung) untuk anaknya itu dinamakan dengan Al Malik, satu nama yang bermaksud raja besar yang menakluki langit dan bumi.
Mungkin sahaja kalau dia besar nanti dia akan mempunyai kuasa raja. Hebat macam raja sedangkan beliau dilihat dan ditilik ada kelemahan yang memungkinkan dia tidak daya untuk memikul tanggungjawab dan peranan sebagai raja yang adil, jujur, ikhlas dan tidak munafik. Kalau terjadi hal demikian ianya akan menyulitkan hidupnya kelak. Jadi atas makrifah itu maka nama Abdul Malik itu ditukar dengan nama Husam.
Alias M Noor (berkot dan berkupiah) bersama Husam di satu majlis hari raya.
Alias M Noor (berkot dan berkupiah) bersama Husam di satu majlis hari raya.
Apapun Husam tetap memiliki kelebihan yang orang lain tidak miliki atau tidak terlawan dengannya. Orang bernama Pak Shid (tukang urut sahwat) pernah menceritakan mengenai kelebihan dan kehebatan Husam. Pak Shid ini juga pernah dibawa balik Husam ke rumahnya di Kampung Kota. Pak Shid masih ada, dan rumhanya di kampung Sireh Kota Bharu. Sesiapa meragui boleh bertanya langsung dengan Pak Shid (saya sedia beri nombor telefonnya). Atau pergilah di kampung Sireh tanya, mana Pak Shid tukang urut orang akan tunjuk rumah Pak Shid.
Jadi nama Abdul Malik itu ditukar kepada Husam. Maka nama itu kekallah sehingga ke hari ini, sehingga seluruh Malaya mengenali nama Husam sebagai Husam, Datuk Husam bin Musa yang kini mempunyai anak lebih sembilan orang!
Adapun kenapa saya memanggilnya dengan nama ‘baju petak-petak merah’ saja ada sejarah dan insidennya tersendiri? Sejarahnya tidak panjang, tetapi ada signifikennya. Meskipun ramai orang marah dengan panggilan itu dan dianggap sebagai menghinanya, namun saya akan tetap memanggilnya hatta kalau Husam sudah jadi Perdana Menteri pun saya akan memanggilnya sebagai perdana menteri ‘baju petak-petak merah’.
Biarlah nama itu kekal di hujung pena saya sebagai tanda saya pernah mengenalinya dan dia pernah mengenali saya selama 13 tahun. Tempoh 13 tahun satu tempoh lama, sama lama dengan masa yang diambil Rasulullah untuk mendakwah kaum Musyrikin di Makkah agar beriman dengan Islam. Jadi apapun orang kata kepada saya dengan panggilan itu, saya tidak akan peduli kerana saya lebih arif apa yang saya lakukan dari tafsiran-tafsiran oleh orang taksub kepadanya.
Baju merah tidak menjadi kepelikan dan keganjilan di Kelantan. Baju merah panggilan terhormat dan ada valuenya tersendiri. Misalnya seorang tok dalang wayang, bernama Dollah di Kok Lanas, dipanggil sebagai Dollah Baju Merah. Ke mana dia pergi dan orang bercakap mengenainya orang akan menyebutnya dengan nama Dollah Baju Merah.
Nama itu membawa tuah dan keramat kepada Dollah. Pada saya disebabkan orang politik tidak jauh bezanya dengan Tok Dalang wayang, yang boleh menggerakkan patung (rakyat) dan boleh membuat macam-macam suara dan watak, (kreatif dan hipokrasi), maka tidak menjadi kesalahan kalau Husam juga dikenali dengan nama orang ‘baju petak-petak merah’. Lagipun warna merah adalah warna darah lambang keberanian. Bukankah Husam seorang yang berani?
Apalah ada pada nama? Kata Willian Shakespear, kalau sekuntum bunga ros ia tetap wangi kalaupun ianya dipanggil dengan nama bunga tahi ayam. Demikian juga dengan Yang Berhormat Datuk Paduka Husam bin Musa, namalah dia dengan seribu nama jelek dan busuk lain tetapi dia tetap akan berbau harum kalau aura politiknya juga wangi. Sama sekali bukan bermaksud saya menyamankan Husam dengan Dollah Baju Merah.

Sabtu, 12 Oktober 2013

.: Surendran perlu sahut ajakan Ketua Polis

.: Surendran perlu sahut ajakan Ketua Polis: PANDANGAN                                                                                     Adalah tepat tindakan Ketua Polis Negara, K...

Jumaat, 11 Oktober 2013

Baru Saya Tahu Kenapa MSO Marah Sangat Dgn Husam Musa

Barulah saya tahu kenapa MSO marah sangat dengan Husam Musa. Pada satu masa dahulu, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan projek penternakan kambing di Kelantan.
Maka datanglah MSO bersama seorang Dato’ bernama Dato’ A untuk membuat tawaran “supply” kambing kepada kerajaan Kelantan.
Pada awalnya, tawaran MSO+Dato’ A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM600 seekor. Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.
Oleh kerana ini adalah projek kerjasama antara portfolio Husam dan Exco Pertanian, Dr Nik Mazian, maka Husam telah memberitahu kes ini kepada Dr. Nik Mazian. Lantas dicadangkan oleh Husam, serta dipersetujui oleh Dr Nik, bahawa perlu dicari sebut harga dari sumber lain.
Apabila dicari sebut harga dari sumber lain, yang paling mahal dari berbagai sebut harga adalah RM900 seekor. Maka, Kerajaan Negeri Kelantan TIDAK JADI mengambil kambing dari MSO+Dato’ A. Dato’ A ini pula kemudiannya didapati ada kena mengena dengan Khir Toyo, yakni seorang yang rapat dengan UMNO Selangor.
Dan Khir Toyo adalah arkitek kepada cadangan Kerajaan Perpaduan Melayu UMNO-PAS di Selangor selepas PRU-12 baru2 ini.
Dato’ A ini pula selepas ini telah menyaman Akademi Keluarga kerana penolakan Kerajaan Kelantan untuk membeli kambing dari beliau tapi saman Dato’ A ini telah ditolak mahkamah.
Dengan kata lain, MSO marah kepada Husam Musa bukan kerana dasar perjuangan atau PAS. MSO marah kerana projek kambing beliau telah digagalkan oleh Husam Musa kerana Husam Musa lebih rela jatuh dari membazir wang rakyat sebegini rupa.
Ini juga menunjukkan bahawa MSO telah lama berkerjasama dengan orang2 UMNO bagi tujuan ekonomi dan tidak menjadi satu perkara yang menghairankan apabila MSO menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO.
Mereka, di dalam PAS, yang pro kepada muqabalah dan membawa PAS kepada UMNO ini sebahagian besar mempunyai sejarah bekerja sama dengan korporat2 UMNO dan sehingga sekarang masih lagi mengharap projek dan kontrak dari UMNO.
Ertinya, tujuan membawa PAS kepada UMNO ini tiada kena mengena dengan DAP, dengan Anwar Ibrahim yang liberal, dengan PAS yang tidak bersuara dalam PR.
Tujuannnya adalah untuk mengkayakan sebahagian dari pimpinan2 ini yang dijanjikan projek dan kontrak dari UMNO.
Zahid Hamidi memang sedang galak memberi “rasuah politik” sebegini atas nama Islam dan melindungi Melayu dan Islam dari serangan bangsa asing.
Tidak hairan, sehingga sekarang pun, pimpinan2 ini masih lagi berjumpa dan berkonspirasi dengan Zahid Hamidi.
Bagi saya, Zahid Hamidi ni seorang yang tiada prinsip dan penipu besar dan seorang yang penakut. Nak debat dengan Husam pun takut. Hantar katak sebagai ganti beliau.


cadangan & kadar harga page-1
cadangan & kadar harga page-2kadar harga kambing page-1kadar harga kambing page-2kos perbelanjaan projek ternakan kambing
projek pusat latihan&ternakan page-2
voucher 1voucher 2
v APKBB 3
notis perintah page 1 of 2notis perintah page 2 of 2perintah page 1 of 3perintah page 2 of 3


Isnin, 7 Oktober 2013

BOLA PUNYA CERITA


Ok kita cakap pasal Game play lah. Kalau nak kira Adrenalin semangat itu semua tengah meletup, tak kira siapa. Yang tak pernah layan bola pun asal orang Kelantan, dengar berita begini terbayang suasana Final di Bukit Jalil walaupun dia tak pernah pergi pun.
Nak bagi bayangan bahawa kalau pejabat kerajaan negeri buka waktu malam pun semua berkumpul dewan makan yang ada Tv dan Astro. Budak exam UPSR yang mak ayah tak pernah bawa ke Final pun boleh bayang dengan betul kehangatan Final bila tengok game tadi.
Yang lebih special anak Kelantan di Johor, yang penakut jalan menunduk menguntum senyum, yang berani berkepak dada pakai jersi pagi esok. Itu semua ekspresi masing-masing punya hal.
Kalau sebelum ini saya berprinsip Johor akan terkeluar dari saingan di Kota Bharu kerana ketumpulan jentera serangan, tetapi saya silap. Sebenarnya kerana kematangan dan kehendak pemain pertahanan yang begitu besar untuk menambah semangat penyerang untuk bekerja mencari gol.
Yang kedua, saya beranggapan Gameplay Azmi Mohammed yang bagus di First Leg sehingga Kelantan terduduk di Larkin, tapi sebenarnya kerana benteng Kelantan yang pudar dengan gandingan yang jarang digandingkan, Farisham di kanan dan Azizi di tengah.
Saya rasa mereka berdua jarang bermain sekali, kerana Poknik dan Daudsu amat dominan di dua posisi tersebut, jika di tukar mungkin salah seorang.
Sebenarnya kerencatan pertahanan kedua-dua pasukan di kedua-dua stadium kerana sorakan penyokong lawan. Serangan kedua-dua serangan timbal balik menjadi tajam kerana semangat sorakan penyokong sendiri.


Ini tidak boleh dinafikan langsung. Kita nampak Aidil setaraf Obinna di Larkin, kita lihat Nazri seperti Azizi di Kota Bharu. Sebelum pergi ke part Gameplay, kita hurai dulu mengenai perkara bersangkut paut.
Di Larkin Zairul Fitree juga tidak fit dan Farisham tidak di tekan di Kota Bharu menjadikan suasana tenang dan santai di pertahanan, saya jamin kalau Zairul diturunkan malam ini sama saja situasinya dengan keadaan Farisham yang tidak kekok bermain di Wide Angle kedua-dua sisi.
Untuk bercakap mengenai Gameplay Bojan dan Azmi, walaupun tidak adil untuk membandingkan cara di Larkin dan Kota Bharu namun memang perlu dirujuk kerana ini perlawanan Two Legs.
Ok basic nya Azmi menyerapkan corak Break Attack atau bekerja ditengah mencuri kegagalan Piya dan Shakir dalam mengatur barulah mengatur gerakan tersusun dan laju melalui 3S kebangsaan, Safiq-Shahrul-Safee.
Di Kota Bharu Azmi tak mungkin boleh Attacking Mode dengan cara mengganggu pemain tengah Kelantan untuk memulakan gerakan, kebetulan ketika itu gaya gerakan bola pasukan Kelantan bermula dari bawah Long Ball keatas, bek atau Def Mid potong bola baru Safiq mendapat bola dan memulakan gerakan. Gaya ini senang kerana Azmi bernasib baik mampu membaca cara taktikal Bojan.
Berbalik ke Kota Bharu, apa yang Azmi lakukan? menyimpan Ezrie Shafizie seorang Defensive Mid di bangku simpanan, seperti di Larkin, dengan mempercayai Akram, pemain muda dari team Johor FA bekas anak buah beliau.
Akram merupakan pemain muda yang lincah, sebab itu tugasnya cuba merampas bola dan mengepung kawasan tengah, sayangnya gandingan Diamond Zairo-Shakir-Piya tidak terkepung.
Semangat meluap-luap dan ketenangan dengan pengalaman menjadikan pemain Kelantan menyusun gerakan tanpa mampu dirampas bola oleh Ball Winner yang rajin seperti Akram. Safiq menjadi pembantu Defensive Mid pula ketika tertekan.
Di pertengahan babak pertama, saya asyik terfikirkan satu perkara magis yang Bojan lakukan. Saya tak tahu Piya dijadikan sebagai Attacking Mid atau Second Striker, kalau Second Striker tapi bermain sebagai Shadow dalam gerakan Dickson, ini gaya magis yang pelik dan hebat.
Mungkin kebetulan Indra bekerja sebagai separuh unit yang Piya perlu bekerja, akhirnya ditempat biasa Piya ketika formasi 442 biasa Bojan guna, tempat itu di ambil oleh Zairo. Saya lihat Piya tidak perlu mengatur gerakan.

Saya seperti biasa seorang yang prejudis kepada Piya, mengutuk kemalasan beliau pada awalnya, namun perlahan-lahan mula faham, sebenarnya kedudukan Piya dibanyak tempat tanpa membawa bola sebenarnya membuka ruang yang luas untuk Dickson bermaharajalela.
Pemain DTFC seolah-olah marking shadow Piya sahaja. Piya menarik beberapa pemain mengekorinya, akhirnya Lone Striker Kelantan bebas untuk membawa masuk bola, bukan seperti Fakri yang menunggu, Piya tidak menunggu tapi berubah kedudukan.
Perkara lain yang saya terhidu, sebenarnya Azmi mahu mengaburi pemain pertahanan Kelantan, dengan banyak menggunakan Hadin sebagai Wide Kanan yang banyak menerima bola dari bahagian kiri iaitu Awe.
Ini demi menjadikan Awe sebagai senjata yang tiba-tiba dapat memacu Depth dan dapat ruang luas untuk tiba-tiba berlari secara mengejut apabila menerima bola.
Awe bukan tipikal pemain yang senyap. Bukan pemain yang boleh duduk saja menanti gerakan-gerakan tertentu yang terlalu dirancang. Awe ialah pemain yang melekatkan gam di but dan membawa bola bersama, bukannya menunggu.
Akhirnya Akram dan Safiq jarang dapat melorongkan bola pada Hadin kerana ditekan oleh Zairo dan Shakir, Farhan pula sangat WOW, tidak perlu membuat larian dari tengah, banyak menunggu dan bola banyak dihantar, membuatkan Awe tak senang duduk terpaksa kerap turun membantu Tarmimi selepas Irfan sebagai Bek Kiri gagal berfungsi dikeluarkan awal akibat tekanan penyokong. Awe menjadi keris simpanan yang tersarung didalam pendok atau sarung keris. Orang Kelate gelarkan sebagai ‘Kherlok’.
Bojan, tidak payah terlalu mengatur. Subjeknya ialah Dickson, caranya dipelbagai, namun tidak ada lagi Long Ball. Sebenarnya ditengah bukan gandingan 3 pemain membentuk Diamond, tapi dua sahaja iaitu Shakir dan Zairo sebagai Def Mid dan Mid Centre.
Piya dijadikan Trequartista yang lebih kepada Second Striker. Piya bergerak, benteng lawan ingatkan Piya akan menuju kedalam box selalu, tetapi yang masuk ke box ialah dua orang sayap Kelantan.
All Out Attacking yang sabar, yang tidak terburu-buru, hanya perlu memeningkan benteng tengah lawan, memaksa Fullback masuk selalu kedalam box, dan Dickson seperti penyerang Polo Air, mengacah tak kira masa dan suasana serta kedudukannya.
3-4 hari sebelum perlawanan saya sudah terbayangkan Kelantan bermain seperti ini dan saya bayangkan Kelantan awal-awal membunuh game dengan 5-0 separuh masa pertama, namun itu sangat terburu-buru sebenarnya. Impian saya yang terburu-buru.
Ini persembahan dari syurga, kerana rempahnya cukup. Elementasi bercampur baur, aspek yang terpenting tiada di musim-musim lepas ialah babak pemancingan pemain berkaliber yang didengar banyak pasukan yang hebat dan akan jadi hebat menelan liur melihat pemain Kelantan secara individunya, kerana adanya perkara ini menjadikan pemain Kelantan terutamanya bermain untuk membuktikan sesuatu yang tidak ada dimusim lepas.
Miracle yang pure, ibarat menjumpai tiram yang mempunyai mutiara didalamnya tetapi tiram itu berada didalam mulut buaya.
Akhir-akhir ini saya terlalu kerap menonton perlawanan peringkat tertinggi Asia, separuh akhir ACL terutamanya. Saya tengok Kelantan bukan membentuk bolasepak dominan cara gerakan dan susunannya seperti gergasi mata sepet Ghuangzhou Evergrande, Seoul FC atau Kashiwa Reysol.
Kelantan lebih kearah gaya Estaghlal. Kelab mata sepet itu bermain gaya dominan ala kuasa besar dari England. Estaghlal lebih kepada kekuatan individu yang tersusun membentuk gerakan berpasukan, akhirnya nama-nama individu tenggelam.
Team gergasi lain membentuk gerakan berpasukan untuk menonjolkan nama individu yang membentuk kemenangan. Evergrande dengan gandingan latin Muruqui, Elkenson dan Conca mendapat sentuhan Lippi, amat hebat gerakan berpasukan, tetapi yang dapat nama mereka berempat.
Berbeza Estaghlal of Tehran, nampak karekter pemain utama mereka menonjol tapi bila berkuasa dalam gerakan, nama itu tenggelam dan seluruh 11 pemain mendapat nama atau pujian.
Mengenai satu perkara yang saya terkilan. Yang lain saya tak ada masalah dengan penyokong Johor. Mereka yang berada di pendalaman menganggap Johor mencetuskan fenomena baru bolasepak Malaysia. Ini statement mengguris.

Mereka melihat penyokong away mereka wajib ke venue luar, mereka melihat stadium mereka penuh, mereka melihat Ultras mereka meletus nama terhebat, mereka melihat gaya lifestyle timbul keJohoran.
Kita bukan nak menjawab cara budak-budak, kita tak membagitahu kita dari dulu buat dari mereka. Kalau cakap lebih dahulu, pasti ada orang lain lebih dahulu. Kita nak cakap dominan, betul lah kerana orang Kelantan teramai berhijrah disemua negeri. Itu bukan dalil. Malam ini adalah dalilnya.
Tahun pertama pembabitan pasukan adalah dalilnya. Ambil benang dan tarik serta jadikan susunan graf, siapa bermula dari bawah, benang apa kamu pakai, benang dari sutera.
Kami pakai benang nylon yang buat kain guni. Kami bermula dari bawah, kami stabil dan kami gah walau dicabar. Anda bermula dari atas, anda tak stabil dan tak gah dicabar.
Penyokong yang tak tahu tak salah mengeluarkan statement begitu, tapi penyokong yang tahu harus sedarkan mereka, saya percaya di Johor akan timbul penyokong matang yang boleh slowdown dan menunduk sedikit dibumi pada musim hadapan, mengajar rakan-rakan mereka yang baru menyertai mereka. Musim depan mungkin kita tidak bermusuh lagi.
Aspek bolasepak salah satunya proses pembakaran minda di otak kiri yang meletuskan emosi. Suasana tegang menjadi raja ketika sorakan bergema. Bukan bermakna bergolok bergadai untuk bergaduh, tapi semua lawan bersedia untuk saling membakar.
Ini akan merebak bila suasana dipadang juga tersangat meriah. Saya sebenarnya tak ada upaya untuk menulis artikel ini, banyak komitmen lain yang menganggu otak saya.
Namun tidur yang tak lena, saya menonton penyokong Levante sebuah kelab tikus di LaLiga, dipenuhi stadiumnya separuh oleh penyokong Real Madrid. Minit ke 85′ sehingga 94′ adalah setiap detiknya dramatik.
Malas saya nak hurai dramatiknya, tapi melihat penyokong kedua-dua berpasukan memacukan sorakan habis-habisan dihujung perlawanan saya menjadi bersemangat. Lepas itu sambung game Barcelona, melihat jaringan Thunderbolt dari Alexis Sanchez, terus saya kayuh papan kekunci memandangkan tidak ada review perlawanan yang seperti saya tulis.
Bukan nak menjuarai bidang, hanya mencari kelainan untuk mereka yang merasai kesamaan. Peace penyokong Johor, Alfatihah buat anak Al-Hafiz, doa selamat buat perjalanan pulang rombongan Awaydays dari Johor ke Kelantan.
Walaupun tiada slogan selamanya kita bersaudara ke apa, cukup sedikit terima kasih saya ucapkan buat rakan penyokong Johor. Jangan tunjuk True, tapi didik diri dedikasi, apa team anda bagi pada anda dan apa yang anda bagi pada team anda. Wassalam

Ahad, 6 Oktober 2013

BARE MAHAL


Harga barang dapur kini merunsingkan kita terutama sekali kepada kaum ibu kerana harga barang basah naik mendadak setiap hari di mana berkemungkinan suatu hari nanti ikan kembong, sotong, udang dan ketam tidak lagi menjadi menu harian kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Kalau gaji RM1000 dengan tanggungan keluarga seramai 6 orang bagaimana hendak menempuh kehidupan yang sempurna jika sekiranya dengan pendapatan RM1000 itu sahajalah jadi penyambung nyawa seisi keluarga.

Bayangkan untuk bayar sewa rumah yang paling murah mungkin rumah setinggan adalah tidak kurang daripada RM200.

Perbelanjaan sekolah anak-anak apabila dicampurkan tambang dan wang saku mereka tidak kurang RM5 seorang mesti disediakan jika tidak mahu melihat mereka belajar dalam keadaan kelaparan hingga ke petang.

Ikan kembong kini RM15 sekilo, sotong RM22 sekilo, udang pula RM22 sekilo dan ketam sudah mencecah harganya RM25.00 sekilo.

Bagaimana 5 tahun akan datang? tidakkah nanti harga ikan kembong akan mencecah RM30 dan sotong mungkin RM40 sekilo dan kemungkinan-kemungkinan ramalan sebegini tidak mustahil akan berlaku kerana sebelum ini pun telah pun menjadi kenyataan.

Rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah sebegini mengeluh pendam dalam diam dan menjadi tradisi mereka ini tidak mahu menunjukkan kesusahan apatah lagi mengadukan nasib kepada orang luar dari lingkungan keluarga mungkin kerana menjaga maruah diri dan kerana tabah dan mungkin kerana keberkatan hasil pendapatan yang halal itu dapat mengharungi hidup dengan tenang dan rasa bersyukur apa yang ada tetapi nasib mereka ini sepatutnya terbela dan diambil perhatian sewajarnya

Harga Barang Mahal Ketetapan ALLAH - Fathul Bari.

Apa maksudnya itu? 


Allah, mahu aku menentukan harga barang sekian2 macam neh. Kalau mahal, mahal la. Itu sebab Allah yang tetapkan. Kalau murah, murah la. Itupun sebab Allah yang tetapkan.

Macam neh ka?

Bagus. Menambahkan kekeliruan di kalangan umat islam dan umat non islam di Malaysia. Lepas neh kalau ada yang salah faham terhadap Islam usah la kita dok canang pongpang2 salahkan mereka. Ini kerana salah faham ini tidak timbul dengan sendirinya. Ia bersebab. Dan boleh jadi ia kerana Allah yang tetapkan juga, betul tak?

KAH KAH KAH

UFB menulis dalam kolum cetusan yang diterbitkan oleh SH
Kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan. Ia bukan suatu disukai dan diraikan, ia adalah azab, penderitaan bagi orang miskin.
Seseorang memiliki akidah lurus sentiasa mengaitkan apa yang terjadi, baik nikmat mahupun azab kepada ALLAH. Hal ini ditunjukkan dalam satu peristiwa di mana harga barang di pasar Madinah menjadi mahal pada zaman Nabi. Anas bin Malik ra. berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’”

Para sahabat meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang miskin dapat membeli dengan harga mampu milik. Namun mungkin kita tidak sangka Baginda enggan memenuhi permintaan itu antaranya kerana bimbang menzalimi peniaga.

Jawab Baginda, “Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Abu Daud)


Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari hadis yang mulia ini. Pelajaran terpenting adalah akidah; iaitu beriman setiap yang terjadi adalah qadarullah (ketetapan ALLAH). Ini adalah rukun Iman keenam. Tindakan menyalahkan peniaga, kerajaan, pengundi adalah menyalahi akidah suci ini. Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia.

Perintah ini sejajar dengan hadis kenaikan harga tadi, juga sabit dalam sabda Nabi, “Jika suatu musibah menimpamu, jangan kamu berkata: ‘Kalau aku lakukan begini tentu akan jadi begini dan begini’. Tetapi ucapkanlah, Qaddarallah wama syaa-a fa’al, kerana ‘kalau’ membuka pintu syaitan. (Riwayat Muslim)

Di samping itu, menjadi kewajipan atas manusia untuk beriman bahawa yang meluaskan dan menyempitkan rezeki adalah ALLAH semata, dalam erti kata turun naik harga barang tidak mempengaruhi rezeki. Ini sebagaimana firman ALLAH, “ALLAH meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

Sabda Nabi SAW, “Jika kamu bertawakal kepada ALLAH dengan tawakal yang sebenar pasti ALLAH memberi kamu rezeki sepertimana Dia memberi burung rezeki. Burung pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petangnya dalam keadaan kenyang.” (Sahih. Al-Tirmizi)

Bukanlah rezeki menjadi luas dan sempit kerana manusia, bukan juga yang memberi rezeki itu kerajaan atau diri sendiri, sebaliknya semua daripada ALLAH. Naik dan turun harga barang juga daripada ALLAH. “Segala nikmat yang ada padamu dari ALLAH, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan, kepadaNyalah kamu meminta pertolongan.” (Al-Nahl: 53) 
UFB, 

Dia pernah tak amek tahu kenapa harga barang jadi mahal di zaman Nabi SAW? Itu kalau citer di atas neh betul la. Jangan salah faham. Aku tak pernah ragui hadis. Tetapi aku seringkali terfikir, adakah tafsiran hadis tersebut merujuk kepada tafsiran yang benar2 berlaku pada zaman itu.

Jika benar harga barang MAHAL di zaman Nabi SAW, apakah sebabnya harga barang tersebut MAHAL? Apakah situasinya? Adakah merujuk kepada semua jenis barang? Atau adakah merujuk kepada barang2 tertentu? Jika barang2 tertentu, barang apa? Adakah barangan tersebut merupakan barangan keperluan harian orang miskin? Dan Nabi SAW pula pemimpin yang macam mana?

Adakah jika BARANG NAIK = ada saluran2 yang membolehkan NABI SAW rembat duit tersebut untuk kepentingan diri sendiri?

Harga barang mahal di zaman Nabi SAW [jika benar] mungkin merujuk kepada perubahan status ekonomi ketika itu. Mungkin kerana peperangan. Aku tidak tahu. Tetapi orang miskin di zaman NABI SAW bukan macam orang miskin di zaman sekarang. Orang miskin di zaman Nabi SAW, mereka ada NABI SAW. NABI SAW = adil, jujur dan amanah. 

NABI SAW hulurkan bantuan untuk orang miskin. Takde biokrasi, takde karenah merepek, tak payah masuk paper, tak perlu merayu. Situasi dia. Ko susah, mereka nilai [sahkan cerita tersebut] dan mereka bantu. Situasi sekarang. Ko susah, bila nak minta bantu banyak cerita, sampai kes malukan orang pun ada, muka masam macam la semua yang susah tue harus di layan bagai sampah.

Ketelusan zaman Nabi SAW adalah jauh api dari panggang nak dibanding dengan ketelusan zaman BN. Bab aurat pun fail, jangan sembang kencang bab barang naik pula. Itupun ada ahti nak heret Allah. Konon nya Allah menetapkan harga barang itu mahal dan murah. Tafsiran secara rambang ini mengelirukan.

Jika dia pencuri, maka Allah tetapkan dia seorang pencuri?
Jika dia penzina, maka Allah tetapkan dia seorang penzina?

Harga barang MAHAL, maka Allah yang tetapkan ia begitu?

Apabila kita buat benda jahat, buruk, ia bukan kerana Allah tetapkan begitu. Ia berlaku kerana kita yang mahukan begitu, dalam waktu yang sama Allah membenarkan keinginan kita.

Sama juga konsepnya dengan harga barang MAHAL. Harga barang MAHAL bukan salah pun. Jika semua orang kaya raya dapat beli harga barang yang MAHAL2, ada masalah ka? Salah ka? MAHAL itu subjektif. Bergantung kepada cara kita memandang ia. Namun generally, ia tidak lari dari pendapat majoriti.

Rezeki memang luas. Tetapi bukan bermaksud bila rezeki luas, ko boleh la naikkan harga barang sampai nasi 1 pinggan harganya rm1 juta. Dalam perincian perniagaan pun, telah Allah tetapkan pembahagian keuntungan. Dalam pentadbiran, telah Allah tetapkan juga bahawa pemimpin2 perlu bersikap adil dan jangan sesekali membenarkan polisi yang menindas rakyat.

Tak rasa ke hujah2 ini sebenarnya islam against islam?

Eh, dalam isu BARANG MAHAL, islam cakap macam neh.
Eh, dalam perniagaan begini pula hujah islam.
Eh, dalam pentadbiran, ini pula pendapat dalam islam.

Barang mahal bukan isu utama. UFB belum faham situasi sebenar. Bahkan dia baru je membentuk pemikiran yang ISLAM against ISLAM. Hujah2 dalam ISLAM sedang membantai sesama sendiri. 

Yang orang persoalkan bukan kerana barang mahal. Yang orang persoalkan ialah sejauh mana harga barang tersebut mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya harga barang A = mahal. Kerana? Kerajaan kenakan cukai yang tinggi. Kenapa? Nak senangkan kroni dan poket sesetengah pihak supaya pemimpin2 tersebut boleh menjadi kaya dan hidup senang lenang meskipun pelbagai kelompok rakyat dianiaya dan tertindas. Kesan dari penganiayaan tersebut akan menyebabkan rakyat sesama rakyat pula saling menindas dan zalim menzalimi kerana dibentuk oleh sistem tersebut.

Lain la kalau barang B = mahal. Kenapa? Kos operasi tinggi. Ataupun, barang C = mahal. Kenapa? Cukai tinggi. Kenapa? Nak bagi pendidikan dan perubatan percuma untuk rakyat marhaen. Bayar mahal untuk barang C tapi mereka beroleh kemudahan / kesenangan dalam bentuk yang lain pula.

Tetapi adakah ini situasi kita? BARANG MAHAL bukan isu. BARANG MAHAL disebabkan penyelewengan dana kerajaan dan kelemahan pentadbiran [tidak telus, amanah] itu merupakan satu isu. Dan adakah ini situasi di zaman Nabi SAW yang menyebabkan harga barang mahal ketika itu [jika benar] ?

Tak boleh guna terma kalau2 katanya. Kalau PR perintah, barang tak naik. Itu salah. Tapi terma kalau2 boleh digunapakai untuk tuduh PR sokong LGBT. Kalau PR naik, negara jadi negara komunis. PR akan amalkan pluralisme. Kalau2 bersifat tuduhan, fitnah ke atas PEMBANGKANG dibolehkan. Kalau2, bersifat fakta ke atas BN, tidak boleh?

Maaflah. Aku pegang teguh pada Islam. Tapi bukan pada ustaz atau ulama. Kalau aku pegang pada ustaz, tatau berapa kali aku murtad. Sesungguhnya aku tidak percaya dan tidak akan percaya sampai bila2 pun bahawa Islam membenarkan penindasan dalam apa juga cara dan keadaan sekalipun. Manusia ada kecenderungan untuk melakukan tafsiran yang salah. Berhenti gunakan nama Nabi SAW dalam citer2 politik hari neh. Ia terlalu menyakitkan ahti aku, bila ko nak ajak orang sokong BN, ko gunakan nama Nabi SAW sesuka ahti. Tetapi akhlak Nabi SAW, nak capai 20% yang pemimpin2 ko tiru pun, HARAM. 

Jika selepas ini non muslim dok sindir2, perli2, owhh rupanya Nabi SAW pun sokong BARANG MAHAL, Islam pun sokong BARANG MAHAL, disebabkan penerangan yang tidak menyeluruh, bersifat terpilih dan sekerat2 oleh sesetengah pihak, lue fikirlah sendiri. Jangan sesekali salahkan mereka atas kekeliruan yang korang sendiri timbulkan. Tolongla.


GUNUNG STONG


Jom terokai keindahan Gunung Stong

Cuti sekolah tiba lagi… anda berkira-kira nak melancong tapi tak tahu ke mana? Apa kata pergi ke Gunung Stong di Dabong, Kuala Krai, Kelantan.
Terkenal sebagai puncak air terjun tertinggi di Asia Tenggara, Air terjun Jelawang di Gunung Stong pasti memukau sesiapa saja. Dengan ketinggian 303 meter, air terjun Jelawang setinggi tujuh tingkat di persisir banjaran Titiwangsa itu boleh dilihat dari jauh sehingga tidak berkelip mata memandang.
Air terjun Jelawang boleh dilihat dari jauh
Air terjun Jelawang boleh dilihat dari jauh
Bagi yang meminati aktiviti lasak, meluncur di puncak air terjun itu dengan disajikan pemandangan flora dan fauna yang mempesona pastinya sesuatu yang sukar untuk dilupakan, ditambah deruan air yang mengalir di celahan batu dan kedinginan air gunung bagaikan rawatan refleksologi menghilangkan keletihan mendaki untuk sampai ke air terjun itu.
Meliputi kawasan lebih 61,734 hektar, taman ini kaya dengan pelbagai hidupan liar seperti gajah, harimau, beruang, monyet, burung dan serangga. Pelbagai spesies tumbuhan seperti bunga terbesar di dunia, rafflesia serta orkid liar turut menjadi tarikan.
Taman Hutan Negeri Stong
Taman Hutan Negeri Stong
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, Gunung Stong yang tingginya mencecah 1,433 meter, adalah lokasi kegemaran sesuai untuk aktiviti merentas hutan dan mendaki gunung.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM4 untuk memasuki Taman Negeri Stong. Sebelum sampai ke puncak Gunung Stong, pendaki akan melalui beberapa puncak seperti Gunung Ayam, Gunung Saji dan Gunung Tara iaitu rangkaian gunung terbesar di Kelantan.
Pendaki biasanya akan menjadikan Kem Baha yang terletak di puncak Air Terjun Jelawang sebagai tapak persinggahan untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan meneroka keindahan kawasan gunung menghijau itu.
Kem Baha ini juga unik kerana ia adalah tempat pertembungan dua sungai dari Gunung Stong dan Gunung Ayam yang mana digelar sebagai `The Last Waterfall’ oleh penduduk di sini.
Perkelahan menyeronokkan
Perkelahan menyeronokkan
Ia juga adalah `pintu masuk’ kepada beberapa tarikan alam semula jadi lain, kerana dari tapak persinggahan berkenaan akan membolehkan pengunjung menikmati kehijauan kawasan gunung dan keindahan serta keunikan flora serta faunanya.
Dari Kem Baha, pendaki akan sampai ke puncak Gunung Stong dengan meneruskan pendakian selama empat atau lima jam lagi.
Bagi yang membawa ahli keluarga dan tidak terdaya mendakinya, memadai mengecapi keindahan alam semula jadi di kaki gunung berkenaan yang dikelilingi hutan lipur indah.
Untuk ke Gunung Stong tidak sukar kerana jalan penghubungnya sudah disediakan. Bagi pengunjung yang tidak menaiki kenderaan persendirian boleh menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api.
Jika berkereta api, pengunjung sama ada dari Tumpat atau Kuala Lumpur atau Singapura boleh turun di stesen kereta api di pekan Dabong dan menaiki kereta sewa ke Gunung Stong.
Air terjun yang mengasyikkan
Air terjun yang mengasyikkan
Singgahlah seketika di pekan Dabong kerana untuk merehatkan minda sambil bersiar-siar di pekan kecil yang menarik dan jauh dari kesibukan kota.
Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di pekan Dabong pula menjanjikan persinggahan unik bagi yang gemarkan sesuatu yang klasik. Jangan lepaskan peluang bergambar di stesen yang masih mengekalkan ciri-ciri binaan stesen kereta api lama.
Apa lagi, terokailah Gunung Stong sambil menikmati keindahan alam semula jadinya dan singgahlah ke pekan Dabong yang pastinya memberikan kenangan yang berbeza daripada di bandar.

Sabtu, 5 Oktober 2013

YA ALLAH, NIK AMMAR ANGGAP PENDEPOSIT TANAH MASIH LAGI PENCEROBOH HARTA KERAJAAN.


Nik Ammar tak layak jadi Menteri Besar Kelantan . Itulah kesimpulan yang dapat ambo katakan setelah ambo hadir untuk mendengar ceramah Pas di Kg. Belukar, Tapang , Pengkalan Chepa malam tadi. Tajuk besar ceramah adalah 'Menjawab Fitnah UMNO' yang diberikan oleh 3 orang panel termasuk Nik Amar.

Kenapa ambo kata tak layak? Untuk makluman, Nik Amar merupakan seorang yang ambo cukup hormat sebelum ini dan pada penilaian ambo beliau adalah bakal pengganti Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas PRU 13 jika BN masih gagal menawan Kelantan. Namun setelah mendengar ceramah beliau semalam ambo cukup terkemo dengan hujahan mantik BODOH beliau dalam menjawab isu tanah yang di alami oleh rakyat di kawasan Ulu Kelantan seakan akan RAKYAT YANG MENEROKA TANAH TAK ADA GERAN ADALAH PENCURI DAN PENCEROBOH HARTA  'KERAJAAN NEGERI KELANTAN'



Isu tanah yang di mainkan oleh UMNO Kelantan cuba dijawab oleh beliau bagi membetulkan persepsi pengikut Pas yang ingin mendengar penjelasan dari kepimpinan.

Pertama , Nik Ammar mengatakan tiada seorang pun yang rakyat Ulu Kelantan yang dirampas tanah mereka mempunyai GERAN. Bila tak ada geran , maka ianya tak ada no lot .Bila tak ada no.lot , rakyat Ulu Kelantan tidak ada hak untuk mengatakan tanah itu adalah tanah hak milik mereka. Ujarnya lagi, mereka yang mengusahakan tanah di atas tanah kerajaan tanpa geran adalah di gelar sebagai penceroboh dan kerajaan Pas boleh mendakwa mereka di mahkamah.

Manakala hujah mantik BODOH dari Nik Ammar ini adalah sangat mencerminkan sikap memperkecilkan hak orang miskin hak orang susah di Ulu Kelantan. Bagi Nik Ammar, mereka yang sekadar mempunyai bukti dan telah membayar deposit tanah bolehlah di ibaratkan seperti ORANG YANG HANYA BERTUNANG , BELUM LAGI BERKAHWIN , MAKA TIDAK ADA HAK UNTUK ORANG TERSEBUT MENDAKWA MEREKA SUAMI ISTERI. BEGITU LAH JUGA DENGAN TANAH ,TAK ADA HAK UNTUK MEREKA MENGATAKAN TANAH ITU HAK MILIK MEREKA. Apa kena mengena hal orang kawin dengan tanah yang sekian lama usahakan. Hal tanah ini melibatkan keringat, titik peluh, harta dan setiap pengambilalihan mestilah ada kecek kira , ada ketentuan. bayar pampasan ko , ganti tanah lain ko... Kacip gigi ambo dengar semalam sebab ambo tahu kebenaran susah senang mereka di Kampung Bahagia Kuala Krai sana.



Hei... Nik Ammar. Adakah engkau dapat merasai pengalaman pahit geting mereka yang telah berpuluh tahun meneroka hutan Kelantan , turun dari stesen keretapi Dabong, Bertam mahupun Gua Musang bermodalkan beras, garam dan sebilah parang hanya untuk menebas hutan fikirkan nasib diri yang miskin untuk anak cucu yang akan datang supaya hidup tak merempat susah cari makan. Sesungguhnya bila mendengar hujahan ini ambo segera berpaling punggung kerana seorang yang ambo sanjung kini tak ubah seperti orang gila yang melalok kedai kopi terpekik terlolong . Itu saja

Demi Allah!!. Jika apa yang ambo nyatakan dalam penulisan ambo ini palsu maka ambo rela disaman.

Ambo ingatkan benih harapan yang tumbuh dari bakal MB Kelantan, rupanya berbunga lalang. Sekian.

Tahap tuturkata mencerminkan comel ko huduh perut pedal seseorang tuh.

Jumaat, 4 Oktober 2013

DARI PETIKAN KICKDEFELLA

Sekiranya pembaca budiman ingin meninggalkan komen dan memberi pandangan anda, saya amat-amat bermohon ianya tidak mengkeji atau mencaci maki sesiapa. Komen yang bersifat serangan peribadi tidak kira kepada sesiapa sekalipun dan komen yang tersasar dari konteks perbincangan yang rasional dan membina tidak akan disiarkan. Komen-komen di dalam dialek yang ejaannya sukar dibaca dan istilahnya  sukar difahami juga tidak akan dilepaskan. Harap maklum.
Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat adalah Pengerusi Jawatankuasa Balak Negeri Kelantan. Pendek kata segala urusan kelulusan Balak akan terpaksa melaluinya.
Selain daripada itu, setiap pihak yang memohon balak dan segala derma yang dijanjikannya akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco atau mesyuarat pre council. Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.
Contohnya, beberapa bulan yang lepas, YB Fatah Mahmood telah mempertahankan di dalam mesyuarat permohonan kelulusan tanah hutan simpan untuk tanaman perladangan. Kelulusan itu dipohon exco berkenaan di atas  nama salah sebuah syarikat milik Roshaimi Bin Razak. Alasan yang diberikan mengapa tanah tersebut perlu diluluskan adalah kerana Roshaimi telah bersetuju untuk menderma ‘sejumlah’ wang kepada salah sebuah NGO yang dipengerusikan oleh salah seorang ahli exco Kerajaan Negeri Kelantan. Modus operandi yang sama dibuat dalam permohonan kelulusan tanah hutan simpan di Dabong kepada lagi satu syarikat milik Roshaimi Bin Razak lebih kurang enam bulan sebelumnya. Permohonan enam bulan yang lalu juga kononnya kerana Roshaimi akan menderma kepada sebuah NGO bernama PERAKAN.
Bagaimana Nik Abdul Aziz tidak tahu menahu hal ‘derma’ ini bila di dalam insiden terakhir Nik Aziz terpaksa berdebat dengan salah seorang exco yang cuba menghalang tindakan tidak bermoral ini berterusan. Hingga akhirnya Nik Aziz terdiam bila exco berkenaan terpaksa membaca ayat Al Quran yang mengkehendaki kekayaan dibahagikan sama rata dan bukan kepada golongan tertentu sahaja.
Saya tidak berhasrat mendedahkan maklumat terperinci kerana ini berkisar kepada mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) dan saya tidak mahu ada ahli exco yang akan melenting dan mendakwa bahawa apa yang saya sebut melanggar Akta Rahsia Rasmi dan ada lagi gesaan supaya siasatan dibuat terhadap ahli exco yang membocorkan rahsia yang dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Tetapi saya suka menjawab segala kritikan yang dikemukakan di dalam posting saya terdahulu. Kebanyakan kritikan ke atas saya kononnya datang dari mereka yang begitu mencintai PAS dan Nik Aziz. Saya segaja lepaskan kesemua komen di dalam posting yang lalu walaupun kebanyakannya memualkan dan langsung tidak berkisar kepada perdebatan dan hujah yang memberi faedah kepada kita semua. Tidak kurang juga berpusat kepada serangan peribadi yang memalukan. Bermula dengan posting ini, hanya komen yang bertitik tolak kepada hujah dan tidak melibatkan serangan peribadi kepada mana-mana pihak akan saya lepaskan. Hanya komen yang menggunakan bahasa yang baik dan bersih sahaja akan menghiasi ruangan komen ini bagi menggalakan perbincangan yang ilmiah dan berfaedah.
Seperti saya katakan, saya suka kritikan. Kritikan mendorong saya untuk lebih praktikal dan memberi lebih banyak bukti di dalam menegakkan tulisan saya. Hari ini saya akan menjawab ketidakpercayaan terhadap hujah saya terdahulu dengan mendedahkan beberapa maklumat daripada dokumen sulit POST-MORTEM PILIHANRAYA UMUM 2004 DI KELANTAN.
Pilihanraya Umum 2004 menyaksikan bagaimana PAS Kelantan mengalami kemenangan paling tipis  dan di akhir penggal tersebut, mereka hanya mempertahankan Kerajaan Negeri Kelantan dengan 1 kerusi yang dimenangi dengan kelebihan 2 undi sahaja.
Berdasarkan dokumen yang dilampirkan di bawah, antara punca yang dikenal pasti oleh PAS terhadap tindakbalas pengundi kepada mereka di dalam PRU 2004 ialah faktor-faktor kelemahan mereka sepanjang penggal 1999 hingga 2004, tempoh ini ialah setelah PAS menang besar di dalam PRU 1999.
Kebanyakan dokumen yang telah saya siarkan di blog ini ialah berhubung kebobrokan yang berlaku sepanjang tempoh tersebut kerana setelah menang besar dalam PRU 2008, PAS Kelantan di bawah pentadbiran Nik Abdul Aziz sekali lagi mengulangi kebobrokan 1999-2004.
Antara punca yang terkandung di dalam dokumen tersebut adalah;
  • Sikap selesa – Yakin menang PAS Kelantan.
  • Sabotaj dan masalah dalaman PAS Kelantan.
  • Peribadi dan akhlak calon PAS Kelantan.
  • Prestasi Wakil Rakyat PAS Kelantan yang lemah.
  • Dasar Tanah Kerajaan.
  • Kewangan.
Izinkan saya mengulas sedikit 2 punca terakhir iaitu bermula dengan Dasar Tanah Kerajaan. Rakyat kelantan yang tinggal di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang adalah antara yang marah dengan dasar Kerajaan Negeri. Salah satunya ialah pengambilan tanah untuk Ladang Rakyat yang menindas rakyat dan merampas hak rakyat yang telah membayar deposit dan menjadi peneroka berzaman dahulu. Tanah-tanah itu pula kebanyakannya diberikan kepada lantikan-lantikan politik Parti termasuk ahli Halaqat Negeri dibawah Skim Ladang Rakyat. Rakyat yang terjejas akibat skim ini pula tidak dibayar pampasan setimpal dan ada yang tidak menerima pampasan langsung.
Pampasan hanya diberikan selepas PRU 2004 bila PAS Kelantan tinggal nyawa-nyawa ikan. Malangnya setelah menang besar dalam PRU 2008, kejadian yang sama berulang kembali. Sehingga kini sudah ramai penduduk di jajahan Gua Musang mengadu hal berkenaan.
Berpindah kepada faktor Kewangan, adalah amat mendukacitakan bila Jentera PAS Negeri Kelantan mengadu tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. Ini kerana tempoh 1999 hingga 2004, beratus ribu ekar tanah balak dan juga pengambilan pasir sungai telah diluluskan kepada pihak swasta dengan janji derma yang menjangkau puluhan juta ringgit. Adakah wang derma yang sepatutnya dihadiahkan kepada Jentera Parti yang berselindung disebalik nama NGO-NGO, Syarikat-syarikat ‘Non-Profit’ Berhad dan agensi-agensi dakwah telah disalah gunakan atau telah dikeluarkan untuk tujuan lain yang memberi faedah kepada beberapa individu dan bukan aktiviti parti? Ahli-ahli PAS sepatutnya bertanya kepada pimpinan parti mereka.
Selepas kekecewaan PRU 2004, Pihak Perhubungan PAS Kelantan terpaksa di dalam sulit mengakui dua perkara penting yang digambarkan di dalam analisa bedah siasat mereka iaitu;
  • Kelemahan pengurusan pentadbiran Nik Abdul Aziz
  • Tahap kesedaran Islam yang semakin rendah di kalangan kepimpinan, ahli dan petugas pilihanraya PAS.
Untuk bangkit dari kemelut tersebut, PAS Kelantan dikehendaki menjalankan gerak kerja penerangan dan dakwah yang berteraskan mendedahkan kejahatan lawan selain menerangkan kenikmatan Islam. Bukankah mendedahkan kejahatan lawan itu sama seperti mendedahkan ‘aib’ seseorang? Tepuk dada tanya selesa. Oleh itu berhentilah mengugut saya supaya tidak membuka ‘aib’ Parti PAS Kelantan di bawah pentadbiran Nik Aziz.
Bedah siasat juga mendapati Dasar Membangun Bersama Islam sebenarnya tidak ke mana kerana ianya sekadar retorik sehingga terpaksa dicadangkan perancangan dibuat mengikut empat perkara iaitu misi, objektif, strategi dan taktikal.
Kepada mereka yang mendakwa diri pembela Nik Aziz dan pendokong seruan PAS, berhentilah menepuk air di dulang. Sebaliknya tepuklah bahu pimpinan anda dan tegurlah mereka.
Sehingga itu adalah amat pelik apabila pihak media massa merungut bahawa Nik Abdul Aziz terus-terusan tidak mahu menjawab persoalan balak dan pembahagian kepada orang-orang tertentu seperti yang didedahkan di dalam blog ini. Mungkin Setiausaha Akhbar baru Menteri Besar Kelantan boleh tolong menjawabnya dan jangan sekadar mengadu di sana dan sini bahawa komen anda tidak diluluskan. Jangan menunding sebarangan kalau tidak mahu jari anda itu tersepi