Jumaat, 17 Oktober 2014

DATUK Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar menghantar surat keluar PAS pada 15 Oktober 2014 setelah menyertai parti ini pada tahun 2012. Seperti selalunya, PAS tidak akan memujuk mana-mana tokoh untuk menyertai partinya dan tidak menghalang jika mana-mana ahlinya atau pemimpinnya yang ingin keluar.

Saya tidak begitu kenal dengan Tamrin dan hanya sekali sempat bersamanya ketika kami sama-sama melakukan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub yang baru dilantik menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Subuh pada hari yang sama kami menaiki satu kereta ke Masjid Pulau Melaka dan selepas berjumpa dengan TG Nik Aziz kami kembali ke hotel. Sambil bersarapan kami berbual-bual kosong dan tidak menyentuh pun soal politik semasa. Usai bersarapan kami melakukan kunjungan hormat ke pejabat menteri besar yang baru.

Dengan Almarhum bapanya, Tun Ghafar saya juga hanya sempat sekali membuat wawancara khas untuk dimuatkan dalam sebuah majalah. Ketika itu Tun tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri. Banyak perkara yang dilontarkan oleh Almarhum Tun Ghafar dan lebih daripada separuh wawancara itu tidak boleh disiarkan kerana banyak perkara “off record”! 

Berbalik kepada Tamrin, beliau tidak menyatakan sebab-sebab keluar daripada PAS. Namun tindakannya saya sifatkan lebih baik daripada sesetengah ahli PAS yang lain.

Tamrin keluar daripada Umno apabila berasa parti itu sudah tidak serasi dengan dirinya. Adalah lebih baik dia keluar dan boleh mengkritik Umno secara terbuka sama ada dipentas ceramah mahupun di forum. 

Seperti yang dilakukan oleh Tun Mahathir yang pernah keluar Umno ketika zaman Tun Abdullah menjadi PM.

Bukan tidak boleh mengkritik Umno dan pimpinannya ketika masih dalam parti, tetapi mestilah ada adab dan salurannya. Berbeza jika sudah keluar, segala penyelewangan dan salah laku boleh didedah dengan lebih terbuka.

Begitu juga apabila Tamrin berasakan PAS sudah tidak serasi dengan dirinya, maka beliau bertindak keluar PAS.

Tamrin tidak menggunakan forum atau ceramah parti lawan untuk memburuk, menghentam dan mengkritik perjalanan PAS ketika masih ahli parti.

Beliau tidak menubuhkan parti dalam parti untuk memecah-belahkan PAS dari dalam. Tamrin mungkin sudah mengkritik PAS sebelum ini mengikut saluran yang sepatutnya, namun jika sudah tidak serasi, jalan terbaik ialah keluar sahaja.

Bagi saya, beliau keluar Umno demi prinsipnya dan keluar PAS juga demi prinsipnya.

Itu lebih baik daripada menjadi ahli parti yang mengkritik dasar parti, yang masih mengaku ahli tetapi menubuhkan NGO yang kerjanya mengadakan ceramah dan forum mencela parti sendiri kerana enggan mengikuti kehendak parti lain yang dasarnya tidak meletakkan al-Quran dan sunnah sebagai dasar parti.

Betul, PAS ada kelemahan, sama ada organisasinya mahupun sebahagian pemimpinnya. Tetapi itu bukan tiket untuk meruntuhkannya. Bukan juga tiket supaya tunduk kepada parti lain yang fikrahnya tidak Islam. Ahli partilah yang bertanggungjawab memperkuatkannya, bukan jadi anai-anai yang merosak secara senyap.

Tamrin meninggalkan Umno kerana dikatakan parti itu sudah tidak memperjuangkan nasib orang Melayu. Dia bercerai talak satu dengan Umno dan berkahwin dengan PAS.

Tamrin memasuki PAS tetapi tidak membawa agenda peribadinya seperti sesetengah orang yang memasuki PAS. Ada orang yang diberi peluang jadi ahli dan YB PAS tetapi masih kekal dengan agenda jemaah lama. Wala’ mereka bukan pada PAS tetapi jemaah sebelum ini. Apabila berlaku krisis, baru tahu siapa mereka. 

Tamrin masuk PAS tanpa bawa sebakul borang penyokong yang kononnya turut serta. Tamrin masuk dengan membawa dirinya sahaja. Beliau juga tidak masuk dengan membawa jawatan YB atau sebagainya. 

PAS pula tidak tawarkan apa-apa jawatan kepadanya. Tetapi Tamrin tetap berceramah di pentas PAS bagi membantu parti itu dapat lebih banyak kerusi dalam pilihan raya.

Walaupun sudah berada dalam PAS, beliau tentunya tidak ikut proses tarbiah macam sesetengah ahli. Jadi tidak peliklah jika tinggalkan PAS, sedangkan orang yang rangka modul tarbiah pun boleh lompat ke parti lain, apalah sangat mereka yang tidak masuk tarbiah. 

Ini bukan salah tarbiah, tapi bergantung kepada orang itu sendiri. Zaman nabi pun ada yang solat belakang nabi dan hari-hari mengadap nabi tetapi boleh berpaling tadah. 

Perjuangan Islam bukan mudah, segalanya terpaksa dikorbankan – harta, pangkat, jawatan, masa dan tenaga. Ramai yang gugur di tengah jalan akibatnya.

Ramai yang tidak sanggup berkorban kerananya, tetapi sekurang-kurangnya tidak runtuhkan jemaah. Jangan jadi parasit. Jika zaman nabi pun ada parasit, apalah sangat pada zaman ini. 

Allah akan bagi kemenangan apabila sampai masanya. Akibat mahu cepat menang, ramai yang terkeluar daripada landasan perjuangan.

Dalam hal ini, tindakan Tamrin lebih terpuji! Dalam politik, kawan bukan selamanya kawan dan musuh bukan selamanya musuh; musuh kepada musuh adalah kawan kita dan kawan kepada musuh kita adalah musuh!

Apapun tahniah dan terima kasih kepada beliau dan selamat maju jaya. 

Jumaat, 12 September 2014

Oleh Subky Latif
SEPATUTNYA saya tidak perlu ulas. Justeru penubuhan Pasma sudah disebut-sesbut sebagai serpihan PAS bagi menggantikannya dalam Pakatan Rakyat, elok juga diulas, moga-moga meredakan mereka yang keliru dengan politik.
   
Ia dikatakan usaha segelintir orang PAS dan beberapa orang PAS telah disebut dimasukkan dalam penajanya. Saya tidak fikir Husam Musa yang dinamakan sebagai Presidennya sedia mengorbankan potensi masa depannya yang cerah dalam PAS dan dalam penguasaan Putrajaya selepas PRU14 sedia serta dalam remeh politik itu.


  
Saya kurang arif dengan sikap Ustaz Ahmad Awang yang sudah berundur daripada politik yang aktif yang dicadangkan menjadi Mursyidul Amnya. Jika dia setuju, saya tidak nampak bisanya. Yang tambah merendahkan anggapan saya ia bukan idea yang serius apabila Setiausaha penajanya Taib Ahmad, ahli PAS lama dari Kubang Pasu yang amat kurang pengaruhnya dalam parti. 
   
Saya kenal dia. Dengan dia jadi penggerak utamanya, dia boleh daftar parti seperti Ustaz Wahab Yunus, orang PAS Dungun zaman Datuk Asri dulu. Dia simpan pendaftaran parti dan dikatakan pendaftaran dibeli oleh golongan reformasi  sebagai tapak pembentukan PKR. Itu yang saya dengar.
     
Jika ada pemimpin PAS yang hendak ikut, ia satu jalan keluar baginya setelah putus asa dalam PAS. Jika ada yang ikut, ia seperti gantung diri dalam politik. Untuk menyaingi PAS tak mungkin. Bagi mengambil alih tempat PAS dalam Pakatan Rakyat, jika berjaya, akan menjadikan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP serta pemimpin-pemimpinnya bahan lawak jenaka terlucu.
    
Yang saya ulas ura-ura keinginan penubuhan itu kemungkinan ia diusahakan oleh sekutu PAS bagi memalukan PAS setelah ia tidak jadi tukang angguk dalam krisis politik Selangor sekarang. Setelah PAS dimalukan dengan dua ADUN disambar, maka mungkin diadakan pak sanggup bagi menggantikan tempat PAS dalam sekutu itu.
    
Tidaklah kita bersangka buruk, tetapi politik dunia ini begitu dan tidak boleh dipandang remah. Jika dari situ puncanya, habis Anwar dan Kit Siang jadi barang geli yang mengeringkan gusi.
     
Saya harap ia tidak begitu, kerana Anwar bukan setaraf pemimpin Umno yang menaja pembentukan Berjasa dan Hamim 30 tahun lalu. Jika Datuk Asri yang diketahui pintar tidak dapat menggugat PAS, maka tidak nampak Ahmad Taib boleh menjadi Erdogan bagi memandu politik baru di Malaysia.
     
Erdogan sudah dilihat lama sebagai orang Parti Refah yang menonjol lebih berdaya saing dari pimpinan Erbakan. Dia boleh kalahkan Erbakan daripada parti itu jika dia mahu. Kejayaannya sebagai Datuk Bandar Istanbul mengkagumkan semua parti politik Turki.
    
Belum ada daripada kalangan pimpinan PAS yang boleh menyamai Erdogan bagi pencabar pimpinan yang ada. Jika ada yang jadi macam Erdogan, Erdogan itu hanya ada seorang saja di dunia iaitu di Turki.
   
Jika ada orang yang hendak menjadikan Ahmad Taib dan Ustaz Ahmad Awang sebagai Erdogan PAS, ia adalah tidak lebih daripada pengarah wayang kulit yang tidak kreatif dan skrip pun tak ada.
   
Mereka boleh tidak puas hati dengan pimpinan dan pentadbiran PAS. Mereka berhak untuk mengadakan perubahan. Tetapi keutamaannya ialah menggantikan pimpinan yang lebih baik yang mereka fikirkan supaya boleh membawanya lebih ke depan terserlah. Bukan sekadar hendak menggantikan PAS sebagai sekutu Pakatan Rakyat baru.
     
Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Noor, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi pernah berada dalam PAS yang pimpinan ketika itu perlu digantikan. Mereka tidak tinggalkan parti atau tubuh parti lain. Mereka kekal dan melalukan perubahan dari dalam.
     
Rancangan itu bukan satu tindakan politik pintar, apa lagi daripada orang yang berpuluh tahun dalam PAS. 

Ahad, 7 September 2014

PASMA : REALITI ATAU FANTASI


Saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa ada pertemuan beberapa pimpinan PKR dan pimpinan PAS yang pro kepada Anwar di KL. Pertemuan ini telah merangka beberapa perkara strategi untuk memastikan beberapa perkara antara lain ialah memastikan Pakatan Rakyat kekal sehingga PRU-14 dan juga memastikan pengaruh Presiden PAS tidak kuat kepada akar umbi. 

Pertemuan ini juga mencadangkan antara beberapa agenda yang berbentuk jangka pendek dan jangka panjang sehingga Muktamar PAS ke-61 iaitu 2015. 

Pada pendedahan kali kawan saya hanya memberi fokus kepada cadangan menubuhkan satu persatuan yang dinamakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). 

pertubuhan ini memberikan sasaran untuk menghalang PAS meninggalkan PR dan membesarkan momokan PAS akan bekerjasama dengan UMNO bagi tujuan rakyat bawahan yang pro Pakatan Rakyat akan merasai curiga kepada kumpulan atau groups ulama dan mereka yang berkecenderungan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat. 

Kawan saya menyebut antara yang akan dilakukan:- 

1. Siri pertemuan PasMa di seluruh negara. 
2. Memberikan bantuan secara kewangan dan kemudahan kepada pengerak PasMa 
3. Melobi perwakilan yang akan ke Muktamar PAS ke-60 (jangka masa pendek) dan ke-61 (jangka masa panjang) 
4. mengerakkan blogger (blog) dan facebooker (facebook dan whatsapp) untuk menyerang kumpulan konservatif dalam PAS (geng ulama) 
5. memastikan imej Presiden PAS jatuh dan menggalakan pengkritikan secara terbuka di media sosial serta akhbar. 

BAGAIMANA KESUDAHANNYA SAMA-SAMA KITA NANTIKAN

Rabu, 3 September 2014

PELANTIKAN Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia minggu lalu dirai dengan penuh gembira oleh pendokong gerakan Islam, PAS di Malaysia. Pelbagai ucapan penghargaan diutarakan sebagai tanda sokongan berterusan kepada Presiden PAS itu.
Pelantikan itu juga, selain membuktikan kewibawaan ilmu dan peribadi yang dimiliki oleh Tuan Guru, turut membuktikan aura beliau sebagai pemimpin Islam bertaraf dunia yang masih berbisa dan diperlukan.
                                                                     


Bayangkan sahaja bagaimana lewat tahun lalu, Tuan Guru difitnah oleh media Mesir dengan menuduhnya memegang jawatan Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwanul Muslimin. Ini sesuatu yang pelik kerana dalam konflik Mesir yang berlangsung, nama Tuan Guru tiba-tiba muncul walaupun tidak dalam jangka masa yang panjang.
Digandingkan dengan ketuanya, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi serta dua naib lain, iaitu, Sheikh Ahmad Raysuni dan Sheikh Ahmad Al-Khalili, bukan mudah untuk seorang ulama dari Asia Tenggara sebaris dengan kumpulan ulama hebat itu dengan menggantikan jawatan seorang Naib sebelumnya iaitu Sheikh Ayatollah Mohammad Wa’izzada.
Bagaimanapun, jika difahami dengan lebih lanjut, ternyata pelantikan itu pula bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk satu sosok ulamapolitikus seperti Tuan Guru Abdul Hadi.
Malah, kalau boleh disebut dengan nada yang lebih provokatif dan berlebihan, Tuan Guru lebih layak untuk dilantik sebagai ketua pertubuhan itu, bukan sekadar sebagai Naib Ketua.
Pandangan seperti ini mungkin dianggap sebagai mengampu dan gila kuasa, tetapi realitinya, berapa ramai ulama dalam pertubuhan itu yang mempunyai pengalaman dalam bidang syariah dan politik dalam satu masa seperti Tuan Guru?
Golongan ulamapemikir dalam pertubuhan ini mungkin mudah untuk disenaraikan seperti Sheikh Rashid Al-Ghannoushi yang dikaguminya perspektifnya dalam membentuk kerangka landskap politik baharu di Tunisia lewat Revolusi Arab beberapa tahun lepas, tetapi beliau bukan pemimpin politik.
Sheikh Al-Qaradhawi juga terkenal fatwanya berhubung kehidupan seharian umat Islam termasuk dalam bidang politik, tetapi beliau juga bukan ahli politik malah Sheikh Al-Raysuni yang dikhabarkan telah menyusun sebuah Fiqh Revolusi sebagai tidak bertentangan dengan Islam, juga bukan ahli politik.
Apa yang lebih menarik untuk diperhatikan adalah Tuan Guru merupakan ulama dalam pertubuhan tersebut yang mempunyai kemampuan untuk mengadunkan ilmu syariah dalam lapangan yang lebih mencabar dan kritikal iaitu bidang politik.
Sebab itu kalau diperhatikan, Tuan Guru mampu memberikan satu kesimpulan yang lebih rasional dalam beberapa isu mengenai pertembungan puak Islam seperti yang berlaku dalam krisis di wilayah umat Islam.
Contohnya apa yang berlaku di Syria. Ketika banyak ulama memandang pertelingkahan itu sebagai konflik mazhab Sunni- Syiah, Tuan Guru ternyata mempunyai perspektif yang berbeza. Ini bukan sesuatu yang mudah apatah lagi dalam masa yang sama, ramai dalam kalangan umat Islam begitu panas untuk menyimpulkan isu ini sebagai usaha Syiah menindas umat Islam Sunni di sana.
Al-Qaradhawi sendiri kelihatan gagal memulihkan masalah ini dengan baik dan harmoni walaupun pandangan Sheikh ini begitu ramai dirujuk oleh ilmuwan Islam seluruh dunia sebagai panduan termasuklah di Malaysia. Tetapi malangnya, entah kerana bimbang dianggap menyokong PAS, maka ilmuwan tempatan kita mengabaikan pandangan Tuan Guru yang lebih meyakinkan.
Ternyata tidak mudah untuk seorang ulama menguasai pelbagai disiplin ilmu dan mengetuai sebuah parti politik yang besar seperti PAS. Tambahan pula, sosio-politik Malaysia cukup mudah terdedah dengan pelbagai isu perkauman dan agama, maka cabaran itu berat untuk digalas oleh Tuan Guru Abdul Hadi.
Tuan Guru seperti ulama lain memang mempunyai kemahiran untuk menulis, berucap dan bersyarah tentang disiplin Siyasah Syariyyah (Politik Islam), tetapi praktikalnya, tidak ramai yang mampu.
Banyak gerakan Islam dalam dunia yang berusaha untuk menggenggam kuasa politik, tetapi kemudiannya lebur kerana baharu mereka sedar realitinya cukup jauh berbeza.
Watak Tuan Guru Abdul Hadi tidak perlu pendekatan yang pragmatik dan terbuka (atau liberal), beliau kekal dengan berserban dan berjubah sebagai imej tradisional ulama di Nusantara tetapi kemampuannya mengemudi PAS cukup mengagumkan.
Memanglah ramai yang cuba membandingkan kepimpinan beliau dengan almarhum Dato’ Fadzil Noor, tetapi cabaran setiap zaman pemimpin itu berlainan malah sekarang ini lebih besar lagi tribulasi yang terpaksa dibereskan oleh Tuan Guru. 
                                                                         



Semasa Tuan Guru mengetuai PAS, parti ini berhadapan dengan seorang diktator Melayu Umno, Tun Dr Mahathir yang cukup keras ‘membelasah’ PAS tetapi sehingga hari ini, PAS terus bertahan pada tahap yang agak memuaskan.
Biar teruk dikaitkan dengan isu militan selepas Insiden 11 September, Amanat Palsu dan sebagainya, tetapi Tuan Guru dengan imejnya yang dianggap konservatif oleh sesetengah pihak, tetap dengan tegas menolak pendekatan bersenjata, sebaliknya lebih cenderung menggesa PAS kekal kukuh dengan jalan demokrasi yang ditempangkan oleh Umno-BN.v Cuma nasib PAS sedikit malang kerana kejayaan sebagai Ketua Pembangkang dalam penggal 1999- 2004 gagal diteruskan apabila berlaku peralihan kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi menyebabkan PAS terpaksa berhadapan dengan cabaran baharu apabila imej Pak Lah yang kelihatan seperti ‘Mr Nice Guy.’
Ditambah pula dengan gagasan Islam acuan Umno yang dibawanya iaitu Islam Hadhari, maka cabaran untuk PAS memang terlalu besar. Pada masa itu, kekangan media alternatif dan ketiadaan laman sosial seperti Facebook dan Twitter seperti pada hari ini menyebabkan PAS kesuntukan masa menghadapi gelombang biru Umno.
Akhirnya PAS kehilangan Terengganu manakala Kelantan pula, pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz dalam situasi getir. Tetapi sekurang-kurangnya PAS sudah belajar realiti politik pentadbiran yang sebenar dan pada Pilihan Raya Umum Ke-12, PAS menikmati kemenangan yang cukup selesa bersama blok parti politik bukan kerajaan baharu, Pakatan Rakyat.
Dan ketika mentadbir Terengganu, imej Tuan Guru pernah digambarkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia seperti disiarkan oleh majalah terkenal, Asiaweek keluaran 16 Jun 2000 apabila muka hadapannya bertanya kemungkinan Tuan Guru memimpin negara satu hari nanti.


Selepas meneliti serba ringkas lincah politik Tuan Guru ini, bermakna, beliau masih relevan untuk menjadi tokoh politik yang penting dalam tanah air walaupun beberapa pendekatan lain perlu diambil untuk memastikan kesegaran PAS dalam siasah tanah air. Ini bukan kerja beliau seorang, tetapi kerjasama semua pihak.

Sabtu, 30 Ogos 2014

sambutan jubli emas 50 tahun pas cawangan kemubu


sambutan jubli emas 50 tahun pas cawangan kemubu 
                                                                                 
Sempena sambutan jubli emas 50 tahun penubuhan pas cawangan kemubu,satu kerjasama diantara kepimpinan pas kemubu bersama ahlinya dengan pas kawasan kuala krai.sambutan ini bermula dari 29 dan 30 ogos dengan program-program yang telah diatur seperti berikut

  1. 29 ogos 2014  
  • acara sukaneka antaranya,mencari gula-gula dalam tepung,pertandingan menwarna,boling kelapa,tiup belon dan berbagai acara padang yang lain
                                                                                 

                             



  • sebelah malam puladi perdengarkan dengan persembahan dikir halaqat dari kumpulan dikir halaqat.
                                                                           


      2. 30 ogos 2014
  • acara perasmian jubli emas oleh yb Dr Hatta ramli
                                                                           

  • disebelah petang pula program pemuda bersama pemuda pas kawasan kuala krai
                                                                         

                                                                     
  • malam pula bersama ceramah perdana dari kepimpinan pas
                                                                             


program yang julang-julang kali diadakan ini memberi suntikan baru buat pas cawangan untuk terus bergerak seiring dengan perkembangan semasa.dengan adanya dunia tanpa sempadan, pas kemubu seharusnya menggunakan sepenuh kemahirah ahli-ahlinya untuk menghadapi musuh-musuh politik yang begitu agresif dalam menyerang pas terutamanya kelantan,khasnya pas cawangan kemubu.
                                                                             

kemahiran dan kepintaran  pejuang-pejuang pas dalam menghadapi serangan-serangan musuh belehlah dipelajari oleh pewaris perjuangan yang terdiri daripada pemuda dan pemudi yang berjiwa kental.Kita akan bangunkan suatu tamadun yang dirancang dengan berteraskan usaha

mengangkat ummah yang berjaya dan cemerlang di dunia serta akhirat
                                                                              

Jumaat, 29 Ogos 2014


                                                                         PARTI PAS
                                                                                  

Saya duk fikir sorang2. Pas dah banyak bertolak ansur dengan rakan2 PR demi permuafakatan dan setiakawan dlm PR yg sering dicanang oleh PKR dan DAP. antaranya;
                                                                            
pakatan rakyat


1. Pas tak ambil pusing dengan statement DAP yg "halau pas dari PR" kalau nak teruskan juga agenda Hudud.
                                                                                  

2. Pas tak kesah kerusi MB Selangor terus diberikan kpd PKR walaupun keputusan pilihanraya PRU 13 Pas mempunyai kerusi yg lebih banyak dari PKR di Selangor.
3. Pas turut mensenaraikan nama WAWI ( sesuai dengan kehendak Anwar) bersama Azmin untuk di angkat kepada Sultan sebagai MB yg baru melalui keputusan Mesyuarat AJK Pas Pusat.
4. Pas juga tak ambil hati dengan kekasaran DAP yg halau Pas dari PR sekiranya tak bersetuju menukar MB Selangor kepada WAWI.                                    

                                                                                 
parti-parti politik dimalaysia


Semua pas dah buktikan setiakawan yg sewajarnya bagi membuktikan kecintaan pas kepada sebuah "pakatan" yang dibena bersama.

Agak2nya...kalau Tuanku Sultan menerima perkenan Yb Pas sebagai MB Selangor yang baru mengantikan TSKI, teman2 rasa PKR dan DAP boleh terima ke tak? atas dasar kepentingan PR dan setiakawan yg diwar2kan sebelum ini. Sekadar senario analisis sahaja dan percambahan minda. komen berkaitan status sahaja diterima.


Gambar: TOLONG YA....



Khamis, 28 Ogos 2014

masjid kemubu,kuala krai kelantan

Masjid Mukim Kemubu/setong

                                                                         

Latar Belakang

Binaan

Masjid ini mempunyai empat menara berkubah yang berada di setiap penjuru masjid ini.Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat. yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah di dinding masjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat bertiang yang merupakan ruang utama di masjid ini.Masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini juga menggunakan simen pada keseluruhannya.   
                                                                                                  

Kemudahan


Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

Keistimewaan

Masjid ini akan mengadakan aktiviti yang berkaitan keagamaan dan kemasyarakatan.Gotong royong juga akan diadakan lebih kurang sebulan sekali bagi membersihkan kawasan masjid.
                                                                         
                                                                             


Maklumat Imam

Mohd Zin B Jusoh                                                    
Mustafa Bin Husain                                                              

Rabu, 27 Ogos 2014

DISINI BERMULA KU MENGENAL ERTI ILMU

1937- 1950 SK Kemubu bermula  dengan pembinaan Sekolah Melayu Rakyat, Bukit Kacang, Stong Ulu Kelantan oleh orang kampung secara bergotong-royong. Bangunan ini distruktur dengan bahan binaan setempat seperti kayu bulat, dinding buluh dan atap cucoh.
          Inisiatif pembinaan dimulakan oleh seorang penduduk kampung yang sedar kepentingan pendidikan iaitu Md Nor bin Leter. Manakala guru pertama yang bertugas di sini ialah Yaacub bin Hj Sham dan adiknya Ishak @ Mat Dam bin Hj Sham dari Merapuh, Pahang. Manakala murid pertama seramai 40 orang. Apa yang menariknya gaji guru dibayar dengan bantuan wang atau beras dari orang kampung.
 Pada tahun 1940 Sekolah terpaksa dihentikan operasi kerana berlakunya Perang Jepun. Namun pada tahun 1944 sekolah dibuka semula tapi telah dipindahkan ke Bukit Cengai, Stong. Tapi setahun selepasnya kembali ditutup kerana darurat.
            Sekolah dibuka semula tapi sekali lagi berpindah, kali ini ke Kuala Jeri, Stong. Dengan ciri fizikal yang sama iaitu bertiangkan kayu bulat, berdinding buluh dan beratap daun cucuh.
Pada tahun ini juga berlaku kemajuan bilamana sekolah telah didaftarkan dengan Pejabat Pelajaran Kelantan. Setahun selepas itu guru-guru telah dibiayai gajinya oleh kerajaan dengan gaji RM48.00 sebulan.

1952 Sekolah sekali lagi berpindah, kali ini ke Kg Baharu Kemubu. Kerana ancaman komunis. Untuk sementara dibina bangunan sendiri, sekolah menumpang di Dewan Orang Ramai. Tidak lama kemudian berdirilah sebuah sekolah kerajaan dengan nama Sekolah Melayu Kemubu yang didirikan di atas tanah kerajaan di Lot 69 dan 70.
Tahun 1953 dengan nama Sekolah Kebangsaan Kemubu, Ulu Kelantan, sekolah telah diberi status bantuan penuh kerajaan dengan guru besar bernama Othman bin Ismail dengan murid seramai 87 orang. Bermula tahun ini hingga tahun mendatang sekolah telah mengalami perkembangan pesat dari segi guru dan muridnya serta keadaan fizikal bangunan itu sendiri.
sk.kemubu,ulu kelantan
pelajar sk.kemubu
                   
                                                                                           
                     





        Pada tahun 1980  kawasan baru telah diperuntukkan oleh kerajaan dan dibina  2 blok bangunan serba moden dengan kelengkapan yang terkini. Lokasi kali ini di hujung kampung Kemubu dengan dikelilingi kebun dan sungai Nenggiri. Dengan terbinanya bangunan di lokasi yang kondusif ini proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih berkesan lagi. Turut dibina 10 unit rumah guru. Lokasi ini adalah tempat berdirinya sekolah hari ini.

         2002 sekali  lagi SK Kemubu mengalami proses perubahan landskap dengan berdirinya satu unit bangunan baru 4 tingkat yang menempatkan bilik darjah, bilik-bilik khas dan aras pejabat. Maka lengkapkan SK Kemubu sebagai institusi pendidikan yang serba lengkap hingga kini
                                                                                     
                                                                                         
                                                    Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini 
                                                                                    ( Bermula 1953)                                                                                     
Bil
Tahun
Guru Besar
1
1953-1954
Osman bin Ismail
2
1954-1955
Yusuf bin Abdullah
3
1955-1957
Zakaria bin Md Yusof
4
1957-1959
Yahya bin Mohamad
5
1959-1960
Wan Omar bin Wan Yusoff
6
1960-1961
Mohamad bin Yaakub
7
1961-1963
Tuan Mat bin Tuan Kecik
8
1963-1965
Idris bin Mohamad
9
1963-1966
Mohamad bin Majid
10
1966-1967
Mohamad bin Senik
11
1968-1969
Abdullah  bin Idris
12
1970-1972
Wan Mohamad bin Wan Ab Rahman
13
1973-1976
Mohamad bin Ab Rahman
14
1977-1977
Hussin bin Yusof
15
1977-1979
Mat Zain bin Yusof
16
1980-1982
Tuan Yusof bin Tuan Mohamad
17
1982-1982
Nik Yaacub bin Ab Rahman
18
1982-1987
Omar bin Salleh
19
1988-1989
Ahmad bin Awang
20
1989-1990
Wan Hamat bin Wan Jaya
21
1990-1991
Mohd Razan bin Che Jaafar
22
1991-1996
Abdullah bin Ahmad
23
1997-1999
Idris bin Mohamad
24
2000-2003
Hanapi bin Arshad
25
2003-2005
Kamarudin bin Yaacob
26
2005-2007
Mohamad bin Daud
27
2007-2010
Gayah bt  Said
28
2010-2011
Che Shamsudin bin Yusoff
29
2011-2012
Zalina bt Hussin
30
2012
Fadzilah bin Sidik