Isnin, 28 Oktober 2013


ULAMA vs ANTI ULAMA BUKAN ULAMA vs PROFESIONAL

ULAMA vs ANTI ULAMA BUKAN ULAMA vs PROFESIONAL

Setelah melihat video Khalid Samad (KS) di Youtube (https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=DPMw_oU5tx0), saya rasa sangat tidak keruan justeru ia mengandungi fitnah terhadap Tuan guru presiden dan PAS yang sangat dihormati oleh kawan dan lawan. Saya berhasrat ingin membetulkan semula kesalaham fakta yg dikemukakan oleh KS.

Yang  saya sangat kesal kerana ia merupakan tuduhan liar yang dibuat dipentas umum, bukan di dalam majlis tertutup parti yang sesuai. Pastinya kesan sangat tidak baik dan memburukkan parti dikalangan ahli dan masayarakat umum , diluar gelanggang seterusnya menjatuhkan kredibiliti dan  menghilangkan keyakinan terhadap PAS. 
Saya sebagai orang yang terlibat dengan PAS dari awal, sememangnya bersetuju dengan beberapa fakta  bahawa ulama vs professional bukan bermula selepas 2008 sebagaimana tuduhan liar KS, tetapi seawal 2006 dan meruncing pada tahun 2007. 

Apa yang saya ingin ulaskan di sini ialah, istilah sebenar ialah Ulama vs Anti Ulama bukan Ulama vs professional.
Bila meneliti sejarah kemunculan istilah ini, ia disebabkan oleh golongan yang enggan menerima ulama sebagai solid keahlian di dalam masjlis syura, dan dengan kata lain juga berusaha untuk menjadikan Presiden bukan Ulama. 
Ulama sebagai pemimpin ini bukan sahaja diterima oleh ulama, tetapi diterima oleh keseluruhan professional di dalam PAS. Yang tidak bersetuju dan berusaha untuk merubah perkara ini hanyalah golongan segelintir yang dipelopori oleh Khalid Samad,  iaitu golongan yang sama yang telah berusaha menjatuhkan Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri. Justeru yang terlibat merungkai perkara yang telah diputuskan di dalam muktamar dan telah ditetapkan di dalam perlembagaan hanya segelintir kecil sahaja, bukan seluruh professional di dalam PAS, maka istilah yang sebenar ialah ulama vs anti ulama, bukan ulama vs professional yang didakwa oleh Khalid Samad. 

Bagi saya, jika gerakan anti ulama yang dipelopori oleh mereka yang pernah menjatuhkan ustaz Hassan Syukri masih berterusan, maka gerakan ini sangat bahaya kerana kerana telah mewujudkan istilah pertembungan antara ulama vs professional yang boleh memecah belahkan parti. Kewujudan gerakan seperti ini menjadi lebih bahaya jika mereka sanggup secara terang-terangan memfitnah Tuan Guru presiden dengan pelbagai fitnah termasuk pengkhianatan Kota Damansara, Presiden sebagai punca perpecahan ulama vs professional dan lain-lain. Ini sangat serius dan sangat bahaya. Lantaran itu, PAS perlu membuat perubahan yang drastik terhadap golongan seperti ini.

Tiada ulasan: